Tidak rasa bimbang ke kita apabila berlaku wabak seperti di Filipina dan Selatan Thai? Jumlah kematian meningkat kepada 136 orang sejak berlakuknya wabak di Metro Manila, Luzon dan Visayas.[1]

.

Punca dikenal pasti adalah terdapat golongan yang menakut-nakutkan rakyat untuk mevaksinkan anak-anak mereka. Alasan yang selalu mereka berikan adalah kesan sampingan. Tetapi mereka lupa kesan negatif telah berlaku dan wabak meletus adalah kerana tidak memberikan vaksin (Adverse Effect NOT Following Immunization – AENFI).

Catatan sejarah membuktikan di Filipina bahawa jumlah liputan vaksin menurun sejak 2014, di mana liputan vaksinasi hanya 88%. Peratusan liputan vaksinasi ini menurun lagi pada tahun 2017 iaitu 73%. Tempoh antara 2015 hingga 2017 adalah semasa kerajaan Filipina menjalankan ujikaji fasa 3 dan 4 vaksin untuk mencegah Denggi (Danvaxia). Memang terdapat kesan negatif dengan kemasukan hospital semakin ramai rakyat akibat denggi setelah pemberian vaksin Danvaxia tersebut. Menunjukkan vaksin tersebut tidak berkesan malah memberikan kesan secara tidak langsung kepada anak-anak yang dijangkiti kuman denggi.[2] Danvaxia kemudiannya ditarik dari pasaran pada akhir 2017.

.

Isu penarikan vaksin denggi ini dimainkan oleh segelintir yang sudah lama menaruh dendam terhadap program imunisasi kebangsaan. Mereka menuduh dan menakut-nakutkan orang ramai bahawa perkara yang sama juga akan berlaku terhadap vaksin-vaksin lain. Walaupun jadual pemberian vaksin lain itu sudah lama disarankan oleh pihak berwajib dan mempunyai kesan sampingan yang minima.[3]

Data terkini pada akhir tahun lepas dan awal tahun ini mendpati bahawa teknik fear-mongering (menakut-nakutkan) orang ramai itu telah berkesan. Oleh yang demikian liputan pemberian vaksin turun secara mendadak dari 75% kepada 55%. Akhirnya, kita boleh buktikan sendiri tanpa bacaan matematik yang canggih, bahawa AENFI telah berlaku.

.

Tapi malang, golongan itu masih tidak sedar. Tidak mahu berganjak dari hujah rapuh mereka yang dipusing-pusing.

.

Adakah kita ingin mengikuti jejak langkah Filipina? Yakinlah “mencegah itu lebih baik dari berubat”.

.

Sekian ulasan dari suhazeli.com

fb.com/drsuhazeli

19.2.2019

Kuala Dungun

.

[1] Kematian Meningkat. https://www.aljazeera.com/news/2019/02/philippines-measles-outbreak-kills-130-190219032309681.html

[2] Kerajaan menghentikan Vaksin Danvaxia. https://www.theguardian.com/world/2017/dec/05/suspended-dengue-vaccine-children-philippines-sanofi

[3] Budaya Fear-mongering penyebab kematian di Filipina.

https://www.theguardian.com/world/2019/feb/12/measles-outbreak-in-philippines-kills-70-with-vaccine-fear-mongering-blamed?CMP=Share_iOSApp_Other

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePerubatan Moden Vs Islam
Next articleBerpantang Maut Sebelum Ajal
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com