LAWAN TETAP LAWAN

Bagi saya, setuju sahaja rokok itu diharamkan terus. Kita melihat pelbagai sudut samada mudarat kesihatan mahupun ekonomi. Merokok itu banyak keburukan. Hampir separuh penyakit manusia yang berlaku sekarang ini dikaitkan dengan rokok samada secara langsung atau tidak langsung. Kanser paru-paru contohnya, kerkadar terus dengan perokok. Penyakit Tersumbat Salur Pernafasan (COPD) pun majoriti berpunca dari merokok. Semua orang tahu fakta tersebut. Sepatutnya program atau akta penghapusan rokok secara total diwujudkan oleh semua penguasa setiap negara.

Namun 99% daripada 200 negara atas dunia ini gagal mengharamkan rokok. Kenapa terlalu sukar untuk mewujudkan akta yang lebih keras untuk menghapuskan rokok?

Kita lihat sendiri dalam negara kita 23% rakyat Malaysia merokok iaitu hampir 6 juta orang. Walaupun fatwa haram rokok sejak 1995 lagi tetapi jumlah perokok muslim melebihi non-muslim iaitu 55%. Malah fakta yang menunjukkan banyak penyakit dikalangan lelaki disebabkan merokok, tidak diendahkan oleh mereka, perokok lelaki dalam Malaysia adalah 98.3%.

Inilah mungkin kenapa akta lebih keras dan tegas amat sukar diwujudkan. Merokok telah sebati dengan kehidupan manusia dan ianya menjadi budaya bagi sesetengah tempat. Tempat makan, rumah ibadah, pasar dan tempat awam sudah lama dijadikan pot para perokok. Sebab itu apabila KKM buat arahan larangan merokok ditempat berkenaan, ada segelintir rakyat yang melenting. Tidak terfikir akal oleh kita bahawa ada juga rakyat yang mempersoalkan larangan merokok di tempat awam itu. Kononnya melindungi hak perokok. Apakah mereka ingat hak asasi rakyat yang tidak merokok sebanyak 77% itu tidak perlu diperjuangkan?

Mulai hari ini saya setuju untuk menghapuskan rokok dalam negara kita secara terancang dan berdikit-dikit. Tidak perlu kita (baca KKM) terburu-buru menghapuskan sekaligus. Perancangan “End Game 2045” amat berpatutan. Matlamat mengurangkan jumlah perokok dalam negara secara beransur-ansur ini perlu kita dokong bersama. Paling tidak pada tahun 2045 nanti hanya berbaki 5% perokok dalam negara Malaysia yang tercinta ini.

Kenapa masih baki lagi 5%? Seperti yang saya sudah beritahu sebelum ini, terlalu amat sukar untuk basmi semuanya, mungkin masih berbaki lagi 5% species perokok yang berbibir biru dan gigi berkarat! Apa boleh buat dengan kedegilan mereka itu?

Sekian leteran dari suhazeli.com

Fb.Com/drsuhazeli

7.2.2019

Ketengah Jaya

Pautan

National Strategic Plan Tobacco Control. http://www.acadpharm.org.my/view_file.cfm?fileid=9

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleWajibkah Susu Ibu Selama 2 Tahun?
Next articleMulberi dan Peria Katak Untuk Kencing Manis?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com