#DoneTegur Jam 8.00

Saje nak tegur satu video seseorang yang promosi rawat stroke dengan lampu liplap.

Untuk makluman, Stroke ini jika buat physio akan pulih/recover. Walaupun bukan 100% pulih tetapi paling tidak pesakit akan boleh bergerak dalam tempoh masa tertentu. Ianya juga bergantung kepada jenis stroke dan keterukan rosak saraf otak yang diserang stroke. Paling minima pesakit boleh menggerakkan kaki dan tangan.

Pemulihan stroke tidak perlu pun guna lampu liplap. Lampu liplap itu hanya psikologi. Rawatan utama setelah serangan stroke adalah makan ubat yang dibekalkan samada ubat darah tinggi, kencing manis, ubat cair darah, ubat kolesterol dan sebagainya. Kemudian pesakit perlu dibawa melakukan rawatan fisioterapi.

Rawatan pemulihan melalui fisioterapi ini boleh mengembalikan semula fungsi pesakit samada fungsi fizikal, mental dan spiritual. Peranan waris amat penting pada ketika ini. Bukannya mengupah perawat yang tidak bertauliah dan melakukan rawatan yang pelik-pelik.

Seluruh premis hospital KKM mempunyai anggota mahir bahagian fisioterapi. Malah satu jabatan khusus dikhaskan bagi merawat pesakit yang kena stroke. Klinik-klinik kesihatan seluruh negara pun wujud perkhidmatan itu.

Suhazeli.Com

Fb.Com/drsuhazeli

24.1.2019

Putrajaya

Sumber: https://www.stroke.org/we-can-help/survivors/stroke-recovery/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleAkta Wajib Vaksin
Next articleUbat untuk Semua Penyakit
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com