Isu penjagaan kesihatan dan perubatan menjadi tumpuan setiap individu. Tular sahaja isu berkaitan manfaat sesuatu, ramai yang teruja untuk share tanpa usul periksa kesahihan berita. Sebagaimana sebaran mesej tular yang kononnya sekumpulan doktor jepun telah menemui kuasa penyembuh 100% dengan hanya meminum air suam. Pesanan tersebut dikeluarkan oleh seorang doktor bernama Dr Mensah Asare.

Dr Mensah Asare tidak pernah wujud, hanya ciptaan palsu yang berlegar didunia internet sejak 2006 lagi. Entah bangsa apa pun tidak diketahui, samada Jepun atau Afrika. Mungkin beliau seorang penjual daging di tengah kota Bombay!

.

Jika diteliti manfaat yang disebutkan itu pun tak munasabah langsung. Malah tidak pernah dibuktikan. Saya.

Ambil contoh, batuk kokol, rawatannya adalah antibiotik di hospital bukannya air suam. Vaksin DPT boleh digunakan untuk mencegah penyakit batuk kokol ini. KKM telah mewajibkan pemberian vaksin tersebut dikalangan anak-anak kita sejak dari 1940 lagi.

.

Akhir mesej tular tersebut pun mempunyai fakta yang silap. Kononnya meminum air sejuk menutup 4 urat jantung. Sebenarnya urat (salur) darah yang mengalir ke jantung 3 yang utama bukannya 4.

.

Ramai yang berteori, apabila minum air sejuk atau ais, makanan berlemak akan tergumpal dalam perut serta boleh membahayakan. Perut kita unik, dijadikan Allah mempunyai asid dan enzim yang boleh menghadamkan makanan termasuk lemak, protein, karbohidrat dan serat ke unit yang paling kecil. Suasana perut yang panas sudah mencukupi untuk penghadaman walaupun makanan itu sejuk berais atau seumpamanya.

.

Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli

24.10.2017

Al Hussein Street, Cairo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleTelur Kurangkan Strok? 
Next articleKayu Manis dan Kencing Manis?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com