Terdapat kajian yang menyokong daun betik dalam membantu rawatan denggi. Sehingga kini terdapat 7 kajian telah disiarkan melalui jurnal perubatan; 1 kaedah kajian ke atas haiwan, 1 laporan kes, 3 kes siri kajian dan 2 kajian kawalan rawak (RCT). Tetapi semua itu masih tidak melepasi fasa 3 dan 4 kajian klinikal, mungkin tidak berbaloi untuk diteruskan pada skala yang lebih besar (fasa 3) dan pasca-pemasaran (fasa 4).[1]

.

Rawatan demam denggi adalah rehidrasi dengan air secukupnya serta merawat tanda-tanda lain jika wujud seperti demam, batuk, selsema, sesak nafas dan sebagainya. Manakala bantuan untuk menaikkan paras darah platelet tidak menjadi indikator utama rawatan. Pengurusan pesakit yang sedia ada seperti tambah darah platelet sudah memadai dalam suasana yang tertentu sahaja. Tidak semua kes diberikan darah platelet untuk menaikkan parasnya dalam darah.

.

Daun betik dikatakan boleh meningkatkan paras platelet dalam darah pesakit. Ia boleh diberikan untuk membantu perawatan, tetapi bergantung kepada situasi pesakit dan penyakit yang sedia ada. Jika pesakit menghidapi kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang dan lain-lain, pemberian rawatan tambahan seperti jus betik ini perlu dibuat dengan teliti oleh pakar. Jus daun betik yang dijual di pasaran sekarang masih belum melepasi kajian dos sesuai dan kajian toksisiti (tahap toksid kepada badan). Oleh yang demikian pemberiannya perlu dibawah pengawasan yang teliti.

.

Terdapat beberapa kajian bahan herba lain lagi yang telah dikaji oleh para pengkaji bagi merawat denggi. Semuanya menemui jawapan yang sama. Terdapat herba yang mempunyai khasiat tertentu dalam membantu rawatan denggi, tetapi kajian lanjut perlu dijalankan sebelum memberikan kepada orang ramai secara komersial.[2]

.

Sekian makkumat perawatan dari suhazeli.com

Fb.Com/drsuhazeli

12.1.2018

Kuala Berang

.

Pautan

[1] Systematic Review on Papaya Leaf. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4071726/

[2] 31 jenis herba ubat Denggi. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3765846/#!po=4.54545

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...