Adakah benar Jus Betik, Sup Ketam, air berkarbonat dan Jus Serai Ubat Denggi?

1) Kes demam denggi seluruh negara pada 4 minggu pertama tahun ini naik mencanak dan paling tinggi jumlahnya sejak tiga tahun lepas (dalam 4 minggu pertama tahun 2014 dan 2015). Kejadian wabak ini sudah tentu mendatangkan kerisauan kepada seluruh masyarakat. Justeru pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengurangkan kes wabak bermaharajalela. Tidak kurang juga beberapa nasihat yang disebarkan dimedia sosial berkaitan kaedah melawan demam denggi tersebut. Antara petua yang paling popular disebut adalah jus betik, ketam nipah, air berkarbonat dan jus serai.

2. Denggi adalah sejenis penyakit yang boleh membawa maut jika tidak mendapatkan pengurusan rawatan yang sebaiknya. Sehingga kini tiada ubat yang khusus untuk penyakit denggi. Namun pengurusan rawatan pesakit denggi ini paling penting. Saat-saat kritikal dalam minggu pertama penyakit denggi perlu diambil perhatian khusus. Antara rawatan yang paling utama adalah keseimbangan air dalam badan yang secukupnya. Oleh yang demikian pihak perubatan akan terus menasihati para pesakit untuk meminum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari dalam tempoh yang kritikal. Jika pesakit tidak dapat minum akibat lemah badan, makan pasukan perubatan akan berikan air melalui saluran darah. Inilah tonggak utama pengurusan merawat pesakit denggi.

3. Rawatan komplimentari seperti jus betik, air karbonat, sup ketam, jus serai, daun tawa-tawa, jus sawi langit dan sebagainya lagi hanyalah pembantu untuk menambah hidrasi badan. Bagi sesetengah keadaan, ianya tidak sesuai akibat dari tindakbalas alergik herba tersebut terhadap badan.

4. Apapun jenis rawatan yang hendak diberikan, berbincanglah dengan doktor. Jangan buat kesimpulan sendiri dan mencari doktor Google. Doktor akan melihat pelbagai sudut dalam merawat bukan ujian darah / platelet semata-mata.

Dr Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli

29.1.2016

Pautan

31 jenis herba ubat Denggi. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3765846/#!po=4.54545

Daun Tawi Langit. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Cyanthillium_cinereum

Jus Betik Ubat Denggi. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4071726/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleBerhati-hati dengan Kejadian Kepala Air
Next articleVirus Zika dan Agenda Yahudi
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com