Banyak pulak depa duk kelentong depan pasar pagi tadi. Ubat kalsium produk mereka boleh menjadi anda tinggi. Disebutnya testimoni si anu dan si polan glamer jadi tinggi kerana makan produk ajaib beliau.

Kesian… kesian pada orang ramai yang tiada asas perubatan, diperdaya sedemikian rupa. Kalau saya nak tegur pun mungkin tak kena pada tempat sebab dia tu penjual di Pasar terbuka. Majlis Perbandaran Daerah pun luluskan jualan sedemikian.

.

Orang kita, bila sebut nak jadi TALL, DARK & HANDSOME, meluru beli pelbagai produk. Asalkan papa biar bergaya.

.

Boleh rujuk tulisan Pakar Ortopedik (Pakar Tulang) tersohor ni. {https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1024502514252180&id=475419399160497}. Suplemen atau ubatan yang mendakwa seseorang itu boleh menjadi tinggi dalam tempoh tertentu adalah karut. Tiada asas langsung seseorang itu boleh bertambah² ketinggian beberapa cm sehari jika memakan kalsium. Jika tak kena caranya, berlebihan makan kalsium boleh menyebabkan batu karang. Mana tau. Kesimpulan yang beliau nokhtahkan adalah:

1) Ketinggian seseorang itu dipengaruhi beberapa faktor termasuklah genetik. Jika ibu bapa anda rendah, anda juga akan ikut rendah.

.

2) Dan ketinggian akan berhenti bertambah apabila ‘growth plate’ tulang tertutup. Pada wanita ini berlaku pada lingkungan umur 13-15 tahun, manakala lelaki pada lingkungan 15-17 tahun.

.

Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli

21.8.2017

Ketengah Jaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...