Mula disebar hari ini tentang bahaya sinaran atau cahaya kosmik. Kononnya apabila telefon bimbit akan menerima radiasi cahaya ini pada jam 12.30 hingga 3.30 pagi.

Mesej berantai palsu ini mula beredar pada tahun 2008 lagi dalam versi bahasa inggeris. Pada akhir 2012, pesan tersebut mengemuka kembali melalui surat elektronik (e-mail), layanan pesan singkat (SMS), dan posting di sosial media. Atas tindakan “cepat dan pantas” orang kita, diviralkan kembali mesej yang sama. Tidak dinyatakan bila tarikh kosmik itu terjadi. Jika hari-hari mesej ini berlegar bermakna, hari-hari jugalah sinaran kosmik ini akan berlaku tanpa pengakhiran.

Sinaran kosmik adalah sinaran yang dikeluarkan oleh tahi bintang yang memasuki sistem bimasakti (galaksi), sistem solar dan sistem atmosfere bumi. Aruhan dari kelajuan tahi bintang ini menghasilkan cas-cas positif dan negatif sehingga boleh mendatangkan kemerbahayaan kepada manusia jika terdedah.[1]

Namun sistem bumi kita terselamat kerana polar magnetik yang melingkungi atmosfere akan menghalang cas-cas ini untuk terus jatuh menimpa manusia. 99.9% cas-cas ini akan berada diluar ruang atmofera. Jika pendedahan secara terus, cas-cas ini boleh mendatangkan risiko bahaya kepada para angkasawan.

Jika kita melihat tahi bintang diufuk, terlalu amat mustahil boleh menerjah kita sehingga mendatangkan penyakit. Lagi tidak munasabah sinaran kosmik ini akan berinterikasi dengan radiasi gelombang telefon pintar kita.

Mesej yang disebarkan itu adalah kelentong yang nyata disaat manusia sudah mula maju. Tak tahu apa objektif ia disebarkan sejak bertahun² lamanya.

Sekian.

Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli

7.5.2017

Kuala Terengganu

Pautan

[1] What is Cosmic Rays. http://www.space.com/32644-cosmic-rays.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleTuberkulosis 
Next articleRAHSIA GARAM
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com