Maklumat dihujung jari. Keputusan mesti pantas. Namun jarak diantara kita kadang-kadang membatasi. Surat? Rasanya tahun ni dan lima tahun kebelakangan ini tak pernah terutus, kecuali surat rasmi. Email? Satu modaliti generasi Y. Tapi agak lambat juga untuk membacanya, memahami dan memutuskan sesuatu perkara. Sms? Ya, inilah komunikasi terpantas. Boleh respon dan membuat keputusan segera. Walaupun terhad, tapi perlu diri ini mengambil manfaat semaksima mungkin. Pun begitu, kos sms kadang-kadang memeningkan kepala. Paling murah sms mungkin 10 sen. Internet message? Yes, ini yang paling diri ini suka. Sementelah handphone dilengkapi data internet secara tetap bulanan. Suka nak promote 2 applications yang amat penting bagi diri ini yang mencampakkan ke alam generasi Y.
1. Whatsapp.
2. Kakao talk.
Kedua2 application ni saya cadangkan dimiliki oleh setiap dari kita. Perantaranya adalah semua smartphone.

Published with Blogger-droid v1.7.2
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleBerita Bayi 23 hari diliwat Bapa Kandung
Next articleUbat tiada logo halal jakim?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com