image

Muslimin dan muslimat yang di rahmati Allah.
Dalam satu hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Allah Azzawajalla berfirman: Setiap (amalan) anak adam teruntuk baginya (pahala) kecuali puasa. Puasa adalah untukKu dan Aku akan memberinya…” Riwayat Muslim 1117.
Cuba kita lihat, bahawa Allah Azawajalla sendiri akan mengurniakan pahala puasa yang kita lakukan lantaran dengan penuh keinsafan dan keimanan kita menjalani ibadah puasa. Bayangkan sahabat sekalian bahawa setiap amalan kita sudah tentu Allah akan mengurniakan ganjaran tertentu. Berlipat-lipat ganda ganjaran pahala yang dijanjikan seperti banyak yang terdapat dalam hadis-hafis Rasulullah SAW. Ada riwyat yang menyatakan amal ibadah kita diberi 10 ganjaran pahala dan boleh meningkat kepada beratus-ratus ganjaran. Lebih-lebih lagi dibulan yang mulia ini. Ibadah sunat diganjarkan seperti amalan ibadah fardu. Ibadah fardu yang kita laksanakan akan diberi ganjaran mencecah 70 kali ganda. Baik ibadah itu bernama solat, zakat, haji dan sebagainya, ganjaran ditentukan oleh Allah. Namun ianya bebeda dengan puasa, kerana Allah sendiri akan mengganjarinya. Nilaian ganjaran itu sudah pasti tinggi berdasarkan ketulusan, kesungguhan dan keimanan kita kepadaNya jua.
Kita mengambil perumpamaan, jika di tempat kerja kita suatu hari bos merancang untuk mengurniakan bonus tahunan. Diumumkan dipapan kenyataan bahawa bonus tersebut mengikut pangkat masing-masing. Bos juga mnegumumkan bahawa ada satu hadiah misteri yang akan disampaikan khusus kepada pekerja yang cemerlang. Ditambahi lagi dengan penyampaian hadiah tersebut akan diberikan oleh Ketua Pengarah Negara. Ganjaran hadiah misteri tersebut akan diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah pada hari yang penuh gilang gemilang. Sudah barang tentu hadiah misteri tersebut adlah yang terhebat dan menjadi igauan setiap pekerja untuk memperolehinya.
Begitilah ibadah puasa…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePesakit Kencing Manis Ketika Ramadhan
Next articleHukum berpuasa wanita hamil dan menyusukan anak
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com