Friday, April 26, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Universiti Ramadhan

Tazkirah malam 3

image

Para jemaah yang dirahmati Allah sekalian, bulan ramadhan mempunyai pelbagai gelaran yang menggambarkan kemuliaan dan kerahmatan bulan ini. Ada yang menyebut bulan Ramadhan dengan Ramadhan Al Karim, Ramadahn Mubarak, Ramadhan Maghfirah dan pelbagai lagi. Ini menunjukkan bulan ini adalah bulan tarbiyyah. Bulan yang akan mendidik nafsu kita kearah yang terurus. Dimana dengan kemulian, kerahmatan dan keampunan pada bulan ini, setiap kita mencari luang dan peluang untuk mendambakan diri kepada Rabbul Jalil.
Jadi sesuai, bulan Ramadhan ini kita namakannya sebagai Universiti Ramadhan. Hampir tiga puluh hari kita akan duduk dalam semesta Universiti Ramadhan ini. Kita dibekalkan dengan matapelajaran umum iaitu puasa dan mata pelajaran khususnya adalah Quran, Terawih, Sedeqah, Sabar, Ikhlas dan dan beberapa matapelajaran asas kehidupan muslim yang lain. Universiti Ramadhan ini terbahagi kepada tiga semester yang khusus iaitu semesta Kerahmatan, Keampunan dan Pembebasan Api Neraka. Ketiga-tiga semester tadi mesti lulus dengan jayanya. Akhirnya kita akan mendapat ijazah Taqwa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles