ANTIBIOTIK 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuat kenyataan rasmi bahawa terdapat satu antibiotik palsu disebarkan di negara Cameroon. Menurut kenyataan rasmi WHO yang bertarikh 27 November 2017 tersebut, sejenis jenama antibiotik PENICILLIN V adalah palsu kerana: 

1) Tiada syarikat pengeluar ubat yang berkenaan di Belgium. 

2) Penggunaan nama antibitok silap. 

3) Bahan ubatan yang terkandung didalamnya bukan antibiotik, tetapi pacatamol 50 mg (ubat demam). 

Antibiotik adalah sejenis ubat untuk membunuh kuman yang terdapat di badan kita. Nama Penicillin itu sendiri adalah antibiotik pelopor kepada rawatan jangkitan kuman sejak perang dunia pertama lagi. Kejayaan penemuan penicillin inilah menjadikan pencetus kepada penemuan antibiotik-antibiotik lain seluruh dunia. Wujudnya Ubat Penicillin V palsu ini boleh mengelirukan kerana masyarakat boleh membelinya dipasaran bebas bagi mengubati jangkitan kuman yang dihadapi. 

Nasihat saya kepada masyarakat umum, jangan sesekali membeli ubatan terutamanya antibiotik tanpa preskripsi doktor. Indikasi untuk mengambil antibiotik adalah khusus. Ia bergantung kepada jenis jangkitan kuman yang dihadapi. Kuman biasa yang menyerang paru-paru berbeza dengan kuman yang mengjangkiti pundi kencing. Begitulah juga kuman yang biasa menyerang organ-organ lain dalam tubuh. Hanya doktor yang layak mengeluarkan preskripsi antibiotik ini. Ahli farmasi di kedai-kedai farmasi pun tidak boleh keluarkan jualan mereka tanpa preskripsi doktor. 

Nasihat ini juga terpakai kepada ubat-ubatan terkawal lain. 

Pesanan dari suhazeli.com 

Fb.com/drsuhazeli 

4.12.2017

Kuala Berang 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleAir Tulang Belakang Selamat
Next articleAluminiun dan Vitamin K dalam Vaksin
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com