Bekam 

​BEKAM

.


Pernah satu ketika saya ditanya oleh seorang rakan berkaitan dengan Bekam. Antara soalannya adalah:

Adakah doktor Yakin bahawa Tiada Kajian Pernah Dilakukan Terhadap Keberkesanan Bekam dalam Menurunkan Gula Dalam Darah? Atau Dr Tidak Mengetahui Akan Kajian Demi Kajian Telah Dilaksanakan Oleh Penyelidik Luar Negara antaranya Universiti of Western Cape keberkesanan Bekam Menurunkan Paras Gula dalam Darah, dan Penyelidik Dalam Negara, antaranya Kajian Oleh Penyelidik dr USM keberkesanan Bekam terhadap pengurangan risiko penyakit Jantung melibatkan individu yang sihat, mereka yang mengalami diabetes dan darah tinggi?

.

Jawaban saya: Saya tidak pernah menolak bekam selagi ianay tidak mendatangkan mudarat kepada badan kita. Namun jangan sesekali anggap bekam ini menggantikan rawatan utama. Bekam adalah komplimen bukannya asas untuk berubat. Jika kanser, datang awal ke hospital untuk merawat. Bekam bukan rawatannya. Saya sedih jika ada pesakit dikatakan batuk berpanjangan. Setelah periksa kahak, 3 ekor kuman Tuberkulosis (Tb) dalam garis-medan kanta pembesar. Pelbagai alasan diberikan oleh beliau untuk mengelak makan ubat TB. Katanya nak cara alternatif termasuk bekam. Terkedu saya. Lagi tragis dia bacakan hadis Nabi berkaitan habbatussauda dan bekam yang dikatakan sunnah menyuruh berbuat demikian. Kedua-duanya ubat dari zaman Rasul hingga sekarang digunakan mengubat pelbagai jenis penyakit kecuali mati dan tua. Astaghfitullahal’azim, saya rasa beliau mempergunakan sunnah untuk mengelak sahaja. Tapi saya cuba beri hujah balas, namun dituduh saya pula melawan sunnah dan tolak hadis. Dua kali tergamam saya.

.

Dua mingu kemudian beliau datang kembali dan menyerah kalah. Ubat dimulakan tanpa membebel. Saya terus merawat beliau tanpa prejudis. Beliau sihat sampai sekarang. Alhamdulillah.

.

Saya bawa perbincangan isu ini bersama dengan beberapa orang ustaz dan pensyarah kuliah agama Universiti tempatan. Mengucap panjang juga mereka. Mereka semua sependapat: Pemahaman mengenai hadis Rasulullah yang menyarankan agar berbekam tidak boleh difahami serta diamalkan secara literal. Dengan kata lain ia bukan mafhum mukhalafah kepada kaedah merawat semata-mata berbekam sahaja. Tidak dinafikan bekam itu sunnah Rasulullah SAW yang mulia. Sebagaimana hadis menyebut “pengubatan paling utama untuk kalian adalah bekam”. Adakah bermakna kita mesti menolak kaedah lain? Sepanjang seerah kehidupan Rasulullah dan para sahabat pun tidak menjadikan bekm itu sebagai sumber utama dalam kaedah merawat.

.

Dalam kaedah usul fekah, kita tidak gunapakai kaedah mafhum mukhalafah ini. Bukan bermakna Nabi menyebut pasal bekam, menyebabkan selain dari bekam akan tertolak (ini yang dipanggil mafhum mukhalafah). Kita boleh melihat contoh ulama, arwah Tuan Guru Dr Harun Din, arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ramai lagi. Mereka teramat lebih memahami akan mafhum hadis berkaitan ini. Namun sepanjang hidup mereka tidak pula menjadikan bekam itu sebagai pengubatan paling utama dalam merawat penyakit yang mereka alami. Mereka masih menggunakan perubatan terkini dan moden / alopati dalam berikhtiar berubat.

.

Saya juga sedar apa jenis kajian yang dijalankan oleh Prof dari USM itu. Mengenali Prof berkenaan dan mengetahui isu titik bengit yang timbul antara beliau dgn pihak universiti hasil dari aktiviti bekam yang beliau jalankan. Namun tidak perlu pula saya dedahkan keaiban seseorang yang pernah beliau sanjungi sebelum ini. Cukup setakat itu. Saya cukup memuji pelbagai pihak yang sehingga kini cuba membawa bukti secara saintifik kelebihan hijamah atau bekam. InshaAllah suatu hari nanti keputusan secara konklusif akan terjelma jua. Doakanlah.

.

Suhazeli Abdullah

fb.com/drsuhazeli

.

3.10.2017

Bukit Besi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published.