Bulan Tawaf Kaabah? 

Bulan Tawaf Kaabah

.

Berlegar kembali mesej tular ni. Kononnya pada malam ni jam 3:25 pagi, bulan akan tawaf Kaabah dan langit akan berwarna biru muda. Fenomena pelik ini hanya akan berlaku 1000 tahun sekali. Disebarkan juga waktu ini adalah saat mustajab doa kerana bulan akan tawaf Kaabah. Dalam versi yang lain pula ditularkan bahawa nasihat tersebut dibuat oleh penceremah terkenal Mufti Menk.

.

Adalah dinasihatkan semua pengguna laman sosial samada facebook, twitter, whatapps, instagram, telegram atau seumpamanya memberhentikan budaya share tanpa usul periksa kesahihannya.

.

Mana mungkin satu makhluk ciptaan Allah bernama bulan melakukan aksi pelik tawaf Kaabah? Bulan berputar atas orbitnya tersendiri. Al Quran dalam surah Yaasin pun menyebut matahari, bulan bergerak atas paksinya tersendiri. Jika ianya berada diluar orbit dan melakukan aksi akrobatik itu, bermakna kiamatlah kita sebab sistem cakerawala sudah jadi caca merba.

.


Mesej palsu berkenaan sudah berlegar di alam maya sejak Disember 2014 lagi. Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Mufti Menk dan beberapa pihak yang berwibawa telah membuat penafian. Jangan kita terus menyebarnya.

.


Waktu mustajab doa, sememangnya sepertiga akhir malam, tetapi tidak ditentukan tarikh-tarikh tertentu atau fenomena pelik. Jauhi kepercayaan sedemikian kerana ianya boleh mendekatkan kepada syirik.

.

Sekian

.

Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli
10.8.2017

Kuala Dungun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published.