Ramai saya lihat gambar yang memetik kata-kata Dr Alan Greenberg ini dikongsi dalam media sosial. Majoriti yang beria-ria share gambar itu terdiri dari mereka yang antivaksin, anti-perubatan moden, penjual produk kesihatan dan pengusaha perubatan alternatif. Sengih sampai ke telinga geng-geng tu dan share gambar Dr Alan merata-riti.
.
Saya dapati intipati ucapan Dr Alan ini tidak dikeluarkan secara penulisan ilmiah, tetapi diceduk dari beberapa siri wawancara beliau dengan media sekitar 1961. Saya percaya beliau sudah mati masa sekarang. Terdapat ucapan-ucapan seperti ini digabungkan sekali dalam kumpulan doktor-doktor yang mengamalkan perubatan naturopati. Dalam masa yang sama juga mereka menjual produk kesihatan. Pelaris kepada jualan produk berkenaan dengan mengucapkan sesuatu yang polemik dan kontroversi.
.
Mereka hanya bercakap atas dunia fantasi dan teori. kemudian disakat pula dengan teori konspirasi. Perubatan moden adalah agenda Yahudi dan memusnahkan umat. Tanpa mereka sedar bahawa Dr Alan itu sendiri berbangsa Yahudi? Menurut rekod, Dr Alan telah ditamatkan lesen beliau sebagai doktor neurologi kerana beralih arah kepada perubatan alami. Beliau banyak mencela perubatan moden. Beliau juga menjual produk terapi chelation (Produk yang menyahbuang logam seperti besi dan plumbum dari badan).
.
Tanpa prejudis kepada beliau, soalan saya: adakah perubatan moden ini hanya kajian saintis? Adakah juga ianya bukan kesembuhan tetapi hanya sebagai ujian?
.
Ya, terbinanya perubatan moden ini atas kecerdasan akal yang Tuhan kurniakan kepada manusia. Kitab suci Al Quran juga banyak kali menyebut kelebihan orang berilmu dan mengkaji rahsia kejadian Tuhan. Oleh yang demikian perubatan moden mempelopori Perubatan berasaskan Bukti (Evidence Based Medicine). Ianya selari juga dengan disiplin ilimu dalam Islam itu sendiri. Para saintis dan cendekiawan Islam diabad awal kegemilangan Islam adalah perintis kepada EBM ini. Kita boleh baca sendiri sejarah yang dibawa oleh Ibnu Rushd, Ibnu Sina, Al Razi, Ibnu Al Haytami dan ramai lagi. Kajian dalam bidang dan disiplin yang mereka ceburi itu menjadi darah daging dalam pengamalan. Kenapa kita ingin menidakkkannya? Adakah kita hanya mengaku mengikuti perubatan alternatif itu tanpa kajian? Pincanglah kita sebagai seorang umat yang berfikir.
.
Memang benar terdapat penyakit yang hanya boleh dikawal, bukan disembuhkan pada masa ini. Ilmu yang luas ini perlu dikaji lagi, kemungkinan melalui kajian, penyumbuhan akan terjelma dalam merawat penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya. Ini bermakna kajian demi kajian dari pengkaji perlu diteruskan.
.
Sehingga saat ini pun para penentang perubatan moden buntu memberikan resolusi kepada kuasa penyembuhan. Walaupun mereka mendakwa ubatan dari produk keluaran mereka boleh menyembuhkan, tetapi mana bukti? Tiada!
.
Suhazeli Abdullah
fb.com/suhazeli
31.7.2017
Ketengah Jaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous article16 Tips berinteraksi di Media Sosial
Next articleKepala Baby Kemek Akibat Bantal
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com