Pagi ni saya begitu teruja diberi peluang untuk menghadiri satu seminar berkaitan dengan media sosial. Seminar ini bertujuan melatih para peserta menjadikan media sosial sebagai medan untuk mendidik masyarakat. Memperbetulkan persepsi yang palsu serta tidak benar terutama dalam bidang kesihatan.
Berikut adalah nota dari Sdr Anwari Hamzah (Ahli #MedicalMythBustersMalaysia). Nota ini dipetik dari penceramah pertama, Sdr Khairul Hakimin, CEO Social Media Influencer Malaysia.
Butiran ceramah tersebut:
1. Maksud Viral = post bertahan lebih dari 24 jam. Manakala Trending = post bertahan lebih 41 jam.
2. Hanya 49% daripada jumlah friends dan followers akan terdedah dengan post kita pada satu-satu masa. Akuan personal profile lebih tinggi jumlah viewers berbanding dengan fanpage. Fanpage lebih kepada nilai business dan perlu berbayar bagi menaikkan viewers.
3. Faktor content yang berjaya adalah;
i) Bahasa yang tepat dan sepenuhnya, bukan ringkas. Tulis dengan penulisan dan tatabahasa penuh dan tepat. Menunjukkan professionalisma dan tahap pemikiran yang tinggi. Audiens lebih menghormati penulis. Spontan / berbahaa baku, tak ada masalah. Cuma ejaan dan penggunaan kata perlu diambil berat.
ii) Memasukkan unsur² emosi dalam bercerita. Teknik bercerita lebih ramai orang tertarik. Elakkan content berlandaskan emosi negatif. Terutamanya semasa stres. Jika dalam keadaan beremosi, elakkan penggunaan media sosial.
iii) Menulis dalam bentuk fakta sesuai dengan bidang yang kita ceburi. Elakkan ulas isu yang kita tidak mahir. Kurangkan provokasi. Penulisan berbentuk Fakta: Beri fakta penuh tanpa selindung. Tidak selektif dalam pemberian fakta. Beri fakta spesifik jika perlu.
iv) Menulis hanya isu impak positif. Jika negatif, kita akan di follow oleh follower negatif dan tidak akan bertahan lama. Tulisan impak positif akan menarik follower positif. Sesuai dengan fitrah dan naluri setiap manusia. Sampaikan maklumat berbentuk positif. Jika ada isu negatif, sertakan sekali cadangan / idea berbentuk positif.
Tips.
1. Pilih nada content. Sama ada sinis, serius, nilai murni, hiburan, perkongsian pengalaman, berfakta ilmiah, ulasan pendapat diri sendiri, dll.
2. Tulis dalam bentuk point / mempunyai susunan isi yang baik. Tak tunggang langgang dalam penyampaian info. Jika A, habiskan point A. Kemudian mulakan point B. Jika A dan B berkaitan, tuliskan perkaitan AB selepas point B diulas.
3. Pilih topik yang tepat dengan audiens sedia ada. Sebagai contoh, masakan, travel, kesihatan, hiburan, dll.
4. Elak peperangan media sosial. Ini akan mengundang kehadiran audiens negatif dan ada risiko kehilangan 30% audiens sedia ada.
5. Benarkan sesuatu info penulisan ditulis oleh yang benar-benar layak / berpengetahuan dalam isu tersebut (dalam sesebuah kumpulan) dan bantu dapatkan informasi untuk ditulis olehnya. Artikel akan dikendali dengan lebih baik jika ahli dalam ilmu itu yang menulis.
6. Post sekurang-kurangnya 4 hingga 6 posting sehari, berbentuk public, pilihan foto profil perlu tepat. Pengguna FB yang ada 4 hingga 6 post sehari baru dikategori sebagai active Facebookers / social media influencers.
7. Post berbentuk penceritaan di FB lebih mudah mendapat perhatian audiens. Visual pula mudah di Instagram. FB=Story, Ig=visual.
8. Penterjemahan yang tepat penting, elak kekeliruan maksud apa yang ingin disampaikan.
9. Read and write. Tulis perlu rasional. Rajinkan diri untuk menulis dan membaca tentang sesuatu isu. Contoh : jika tulis berkenaan travel, banyakkan baca sumber bacaan travel untuk dapatkan lebih banyak perspektif baharu sebelum menulis. Jawab isu setelah diri lebih rasional.
10. Promote kena tepat. Penggunaan hashtag banyak membantu dalam kempen dan produk. Hashtag digunakan mainly untuk proses pencarian. Guna hashtag bila ada kaitan dengan kempen dan produk yang ingin dipromosikan sahaja. Jemput untuk like sesuatu page amat jarang berkesan.
11. Heading di profile tak perlu. Tapi dalam page, perlu. Sebab heading seolah-olah suatu banner, suatu pengiklanan tentang apa isi artikel yang ingin disampaikan. Perlu diletakkan dari awal, paling tidak diperenggan pertama.
12. Penggunaan dwibahasa tiada masalah.
13. Komen dan soalan negatif yang tidak membantu perkembangan isi artikel, dan hanya mengundang keburukan dan salah faham dalam artikel, jangan respon. Bezakan persoalan dan mempersoalkan. Reaksi terhadap soalan adalah penting.

Follow fb.com/suhazeli 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleUbat Kencing Manis dari Herba 
Next articleUbatan Moden Hanya Kajian Saintis
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com