Kod Warna Ubat Gigi 

*#Kod_Warna_Ubat_Gigi*

.

Pelik-pelik sungguh sebaran tak benar mengenai kesihatan dan alat-alat perubatan akhir-akhir ini. Sebaran viral tu seolah-olah benar dari sudut perubatan tetapi tipu dari sudut fakta sebenar. Saya mengistilahkan feneomena ini sebagai Tipu-Sains. Jika kita tidak selidik fakta sebenar, kita akan tertipu. Malah kita pula menjadi agen penyebar berita tipu tersebut.

.

Terbaharu, disebarkan dalam video klip kod warna yang terdapat di kelonsong ubat gigi. Setiap hujung kelongsong ubat gigi ditanda dengan kod warna tertentu. Menurut video tersebut,

1) Kod warna biru bermaksud bahan didalamnya dicampur bahan semulajadi (natural) dan ubat.

2) Kod warna hijau pula adalah bahan semulajadi,

3) Kod warna merah adalah campuran bahan semulajadi dan kimia.

4) Kod warna hitam pula dicampur kimia tulen.

.

*Fakta Sebenar*

.

Fakta sebetulnya adalah kod pengecaman mesin semasa proses pembuatan. Ia dikenali sebagai tanda warna (color marks) atau tanda mata (eye marks). Bertujuan memudahkan pengecaman mesin berkomputer menyukat setakat mana paras untuk berhenti semasa melipat dan gam (seal) dibahagian belakang kelongsong ubat gigi. Ianya BUKAN melabel isi kandungan di dalam ubat gigi tersebut samada bahan kimia atau semulajadi.

.

Umat Islam dinasihatkan berhati-hati dalam membuat sebaran tidak benar ini. Selidik dan teliti dahulu punca kesahihan dari pihak yang berkenaan. Janganlah jari jemari kita lebih laju dari kepala yang berotak ini.

.

Wallahua’lam

.

Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli
11.7.2017

Kuala Berang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published.