​Oleh: SN Nabila | MedicalMythBustersMalaysia 


Rujuk Sana, Rujuk sini. Leceh!!
Hamil tanpa pernikahan yang sah serta ‘campurtangan’ Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) tidak boleh dipisahkan. Malahan ada yang tanpa usul periksa menuduh bahawa JKM akan mengambil anak-anak ini dan memisahkan ibu dan anak. Sebenarnya matlamat asalnya adalah dischargekan bayi serta ibu kepangkuan keluarga. 
Kelahiran luar nikah terbahagi kepada dua kategori ;
1) Bawah umur 18 tahun ke bawah yang mana berkait dengan akta kanak-kanak.

2) Lebih dari 18 tahun

Kategori 1),
Kanak-kanak/remaja perlu di rujuk ke JKM oleh Pegawai dari Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) hospital sekiranya ada timbul apa-apa keraguan yang boleh dianggap pengabaian oleh ahli keluarga. 
Contoh; 

Kelahiran bayi yang tidak di ingini oleh ahli keluarga, isu pengangkatan oleh individu atau isu sosial yang di kenal pasti. 

Namun sekiranya ahli keluarga seperti ibu/ayah/penjaga/datuk/nenek mahu bertangungjawab terhadap bayi dan ibu yg melahirkn bayi terdebut dan mempunyai perancangan yg kukuh terhadap kedua-duanya, maka kes di laporkan kepada JKM sebagai makluman dan rekod. 
❌ Bayi tersebut tidak di ambil oleh pihak JKM.
Kategori 2),
Bagi kategori kedua, (** juga untuk kes pertama) ibu dan juga bayinya perlu di discaj bersama ahli keluarga (ibu/bapa/adik-beradik ) walaupun pesakit telah berusia 40 tahun sewaktu melahirkan anak tanpa pernikahan yang sah. 
Ini bertujuan supaya ibu dan bayi selamat pulang ke pangkuan ahli keluarga dan selain mempunyai perancangan yg baik. 
** Peranan Pegawai JKSP pula bukan sekadar memastikan bayi dan ibunya selamat pulang kepangkuan keluarga, mereka juga memberi penerangan apa yg mungkin berlaku bila bayi mereka membesar dengan berbinti dan bin kn “Abdullah or 99 nama Allah di sijil lahir”.
Sebenarnya, pihak hospital, JKSP dan JKM bukanlah jenis yang mahu menjaga tepi kain ibu yang hamil tanpa nikah ini tetapi lebih kepada;
1) Memastikan ibu dan bayi pulang dengan selamat kerana melahirkan bukan setakat bayi sudah keluar sahaja, tetapi juga melibatkan risiko perdarahan selepas kelahiran, bayi kuning, jangkitan kuman terhadap anggota sulit dan lain-lain lagi.
2) Tidak berlaku pengabaian kanak-kanak atau ibu yang belum tentu bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ibu muda maka penglibatan ahli keluarga amat dititikberatkan.

3) Tidak melibatkan perdagangan bayi/jual beli bayi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tidak ada istilah pihak hospital sengaja ‘kepochi’ terhadap urusan ibu muda/ibu tidak bersuami ini dengan memaklumkan kepada ahli keluarga dari membenarkan rakan-rakan (yang kadangkala tak semenggah) ataupun orang asing yang dischargekan mereka.
Bukan tidak pernah pegawai dimarah, diugut dan dirayu agar hal ini tidak diberitahu kepada ahli keluarga. Malahan ada yang memohon agar kandungan yang sudah membukit itu digugurkan.
Hakikatnya, jika tidak ada ahli keluarga yang mahu mengambil tanggungjawab terhadap bayi tersebut, maka menjadi tanggungjawab pegawai JKSP untuk merujuk kepada JKM bagi urusan discharge bayi. 

Bagi kes remaja/ibu terbabit pula, kebiasannya mereka akan dihantar ke pusat jagaan kelolaan JKM bagi tujuan memberi suntikan kerohanian kepada mereka. Itupun jika ahli keluarga merasakan bahawa mereka belum mampu untuk menguruskan anak dan ibu tersebut.
Oh ya, di hospital juga terdapat badan agama islam yang diterajui oleh ustaz dan ustazah yang berkelayakan yang akan memberi kaunseling keagamaan bukan sahaja kepada ibu/remaja terbabit tetapi juga kepada ahli keluarga. 
** Kebiasaannya bagi kes unmarried begini, disiplin terlibat akan terus refer kepada badan berkait.
Bagi kes kanak-kanak atau remaja bawah umur pula;
Ibu/remaja juga akan direfer kepada unit psychiatrict jika masih belum mampu menerima keadaan diri. Ini bukan bermakna mereka gila tetapi mahu menaikkan semula jati diri. Kerana ironinya mereka ini juga terasa dengan tindakan komuniti yang jenis baling batu sembunyi tangan. Dia dah cerca mereka dengan kata nista, kemudian dia tuduh orang hospital pula bikin onar.
Ada remaja bertindak untuk menyembunyikan siapa yang menghamillan mereka sedangkan ia merupakan kes yang menyalahi undang-undang dan hukum agama itu sendiri. 

Kebiasaannya dengan kerjasama dari unit psychiatric, ibu/remaja akan bercerita dan membuka rahsia agar keadilan terhadap mereka boleh diperoleh.
Bukan senang sebenarnya mahu memulihkan emosi remaja yang terpaksa menelan aib diwaktu terlalu muda, tetapi dengan usaha pihak hospital serta kerjasama bersama JKM maka remaja ini ada juga tempat meluahkan segala derita rasa.
Cuma sayang, selain tohmah masyarakat yang jumud ada juga ahli keluarga yang enggan menerima anak mereka yang sudah terlanjur. Arang sudah diconteng katanya. Jadi, walau macam mana usaha pihak hospital, JKSP dan JKM pun tanpa kerjasama ahli keluarga, maka berlaku lagilah kehamilan tak bersuami pada tahun berikutnya. Lagi…dan lagi….
Notakaki;

Nasi memang dah jadi bubur. Tapi kalau kena dengan rencah, rasa bubur dah serupa bubur mcD. 
P/s;

Macam mana misi passover kes macam ni? Tidaklah pakai haler atau portable mic untuk kasi tahu seluruh wad/satu hospital. Malahan kes begini akan menjadi kes terakhir di pass over bagi menjaga privacy dan kehormatan ibu/remaja. Maka, jangan pelik/buat-buat nak ambil tahu kalau ada kes ibu diasingkan atau misi passover sambil bisik-bisik. Jangan tuduh misi mengata kalian dah la.
#BelNawhen

Experience in OT, HDW/ICU Paediatric Isolation + SCAN ward and medical ward.

#SayaJururawat

#EducatePromoteProtect

#D_o_N

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleRamuan Herba Mengandungi Steroid 
Next articleHukum Membela Anjing 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com