#Tolak_Golongan_AntiDoa 

“Ayah baca doa perjalanan ye”, pojokan sebagai tanda ingatan oleh anak bongsu kami sebaik sahaja naik kereta untuk balik raya. Lantas dia sendiri melaungkan doa lagak seperti pelajar PASTI dan kami sekeluarga meng’amin’kannya. Itulah budaya yang diterapkan dalam diri anak-anak kami. 

“Bismillahirrahmanirrahim”, ucapku dengan nada berbisik sebaik sahaja memegang jarum untuk suntik pesakit yang kena gout. Saya selalu baca doa ringkas tu. 

“Sejuk dan tenang hati saya bila dengar doktor baca Bismillah”. Sapa seorang pesakit yang memerhati kelakuanku semasa merawat. 

Pendeknya doa bukan dibaca ketika hendak mati sahaja. Setiap gerak aktiviti kita pun boleh berdoa. Hatta masuk tandas keluar tandas pun dianjurkan berdoa. Semasa bersama isteri untuk membenihkan zuriat pun digalakkan berdoa supaya anak yang akan lahir nanti bukan berjiwa syaitan. 

Perbanyakkan doa disuruh dalam kehidupan sepertimana firman Allah swt dalam Albaqarah ayat 186 tentang bentuk ikhtiar yang sangat dianjurkan; berdoa.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. ” (QS. Albaqarah: 186). 

Imam Hafizh Ibnu Hajar menuturkan bahwa Syaikh Taqiyuddin Subki berkata : Yang dimaksud doa dalam ayat di atas adalah doa yang bersifat permohonan, dan ayat berikutnya ‘an ‘ibaadatiy menunjukkan bahwa berdoa lebih khusus daripada beribadah, artinya barangsiapa sombong tidak mahu beribadah, maka pasti sombong tidak mahu berdoa.

Doa mampu menolak takdir Allah, berdasarkan hadits dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Tidak ada yang mampu menolak takdir kecuali doa”. [Sunan At-Tirmidzi, bab Qadar 8/305-306]

Agak ektra keterlaluan sungguh apabila ada ahli politik yang mempelekehkan doa. Respons ringkas beliau seolah-olah menghina peranan doa di saat getir pesawat Air Asia Airbus A330 itu. Individu yang sama juga pernah saman hudud Kelantan, bantah RUU355, sokong perjuangan LGBT dan pelbagai lagi. Dangkal sungguh pemikiran sebegini. Semoga hidayah menjengah beliau sebelum doa tahlil dibuat. 

Suhazeli Abdullah 

Fb.com/drsuhazeli 

29.6.2017 

Bukit Besi 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePenyakit Jamuan Raya 
Next articleRamuan Herba Mengandungi Steroid 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com