Perasmian Dapur Sihat Masyarakat

Majlis perasmian Dapur Sihat Masyarakat Daerah Setiu telah berjalan pada 13hb Mei 2007. Sambutan amat menggalakkan.

Kira-kira 1.8 juta atau lapan peratus daripada 26 juta rakyat negara ini menghidap kencing manis atau diabetis, satu angka yang amat membimbangkan Kementerian Kesihatan. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan memperhebatkan kempen gaya hidup sihat termasuk pemakanan yang betul dan berkhasiat menerusi Dapur Sihat Masyarakat yang dilancarkan kementerian sejak 2004.
Dapur Sihat Masyarakat yang dilancarkan di seluruh negara bertujuan meningkatkan promosi pemakanan di klinik kesihatan terpilih. Dapur Sihat Masyarakat bertanggungjawab mempromosikan penyediaan makanan, perancangan menu, pengubahsuaian resepi, kebersihan dan keselamatan makanan serta pengurusan dapur.
Selain diabetis, Dapur Sihat Masyarakat juga memberi fokus kepada kanak-kanak yang kekurangan zat makanan, tekanan darah rendah dan tinggi, serta ibu hamil yang mengalami anemia.

Ucapan dari Wakil Pegawai Kesihatan Daerah memang jelas dan nyata seperti berikut

Teks ucapan wakil pegawai kesihatan daerah:

Assalamualaikum, terima kasih pengacara majlis.

Yang dihormati YB Tuan Haji Ashaari b. Dan Isteri, ketua-ketua pejabat, penghulu, ketua kampung, ahli jawatan kuasa kerja kampung (JKKK), wakil-wakil pejabat, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana pada hari ini kita dapat semuanya berkumpul dalam majlis yang kita rancangkan pada hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian,

Kesihatan komuniti biasanya bermula di rumah. Dapur adalah asas yang paling penting untuk mempromosi dan mengamalkan kehidupan yang sihat, selamat dan mesra alam. Projek Dapur Sihat Masyarakat (DSM) adalah bertujuan untuk mempertingkatkan perlaksanaan dan kebekersanan aktiviti promosi pemakanan secara sihat dengan meluas kepada masyarakat.Konsep Dapur Sihat Masyarakat adalah sebagai satu kemudahan untuk mempromosi dan memberi latihan melalui penglibatan masyarakat secara bersepadu. Ini berlandaskan perkongsian bijak antara masyarakat, NGOs, swasta dan kerajaan.

DSM Setiu mula beroperasi pada Januari 2006 dan pada hari ini majlis pelancaran secara rasmi akan dilakukan oleh YB. ADUN Langkap sempena Bulan Pemakanan Peringkat Negeri Terengganu. Pejabat Kesihatan Daerah Setiu juga mengadakan Kem Kesihatan dengan menjadikan Klinik Kesihatan Rahmat sebagai tuan rumah bagi melakukan pemeriksaan kesihatan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan pengamalan pemakanan secara sihat dan penjagaan kesihatan secara optima.

Objektif majlis ini adalah:

1. Mengadakan satu kempen secara menyeluruh melalui Hari Terbuka dan Perasmian Dapur Sihat Masyarakat Daerah Setiu kepada masyarakat untuk meningkatkan tahap pemakanan secara sihat dan penjagaan kesihatan secara optima.
2. Menghebahkan kepada masyarakat mengenai peranan DSM Untuk meningkatkan kesedaran dan melibatkan komuniti secara menyeluruh.

3. Untuk meningkatkan kerjasama dikalangan masyarakat dan sektor lain dalam aktiviti pendidikan pemakanan dan kesihatan.

4. Mewujudkan dan meningkatkan lagi hubungan dua hala di antara anggota kesihatan dan masyarakat setempat dalam usaha mempertingkatkan promosi pemakanan secara sihat.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian,

Banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada Program DSM ini, kita boleh pelajari dan amalkan sekali bagaimana pemakanan boleh mencegah dan mengawal penyakit contohnya Diabetes. Dengan mengetahui keperluan sukatan makanan, jenis makanan, kandungan gula, cara masakan, kandungan minyak dan lemak. Ini akan membantu diri anda dan keluarga menjadikan anda seorang yang sihat dan mengurangkan kesan komplikasi penyakit yang dihidapi. Anda juga boleh mempelajari keselamatan semasa berada di dapur. Contohnya jika anda terkena api, biarkan bahagian yang terkena api itu selama 10-15 minit di bawah air sejuk yang sedang mengalir, jangan sesekali menyapukan minyak atau mentega di atas bahagian yang terkena api. Ini akan memerangkap haba di dalam kulit dan menjadikannya lebih teruk, lepas itu bawalah ke klinik atau hospital untuk tindakan seterusnya.

Pengetahuan semasa pengendalian di dapur juga perlu ada terutamanya penggunaan alatan yang semakin moden contohnya penggunaan perkakas elektrik. Jangan sesekali kendalikan alatan tersebut semasa tangan anda basah kerana ia boleh menyebabkan kejutan elektrik berlaku.

Panduan memasak makanan seperti daging mentah dan daging ayam perlulah dimasak sehingga mencapai suhu sekurang-kurangnya 70 – 80 darjah celsius biasanya untuk memberi perlindungan dari penyakit bawaan makanan.

Dalam DSM juga ditekankan tentang penggunaan peti sejuk, suhu yang disyorkan adalah pada 4 darjah celsius atau kurang, ini penting kerana ia akan melambatkan pembiakan kebanyakan bakteria. Oleh itu lebih kurang bakteria yang ada, lebih kuranglah peluang anda jatuh sakit akibatnya.

Amalan kebersihan diri, keluarga, rumah, halaman dan dapur juga diberi penekanan. Kebersihan adalah asas keimanan. Ia bukan sahaja membersihan jiwa tetapi ia juga akan menjauhkan diri daripada penyakit. Oleh itu amalan basuh tangan hendaklah selalu diamalkan sebelum makan dan selepas keluar daripada tandas.

Apabila anda membeli belah, amalkan membeli makanan yang segar seperti ulam-ulaman, sayur-sayuran dan buah-buahan. Amalkan setiap hari di dalam hidangan anda kerana makanan ini mengandung khasiat yang tinggi seperti vitamin dan pelbagai jenis mineral yang akan membantu menjaga kesihatan diri anda.

Jangan campurkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang mentah kerana ini akan menyebabkan kejadian keracunan makanan boleh terjadi. Ini termasuk di dalam peti sejuk, semasa makan atau semasa membeli belah.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian,

Dengan usaha ini, mudah-mudahan keupayaan dan kemahiran suri rumah tangga dalam pengendalian makanan dan menguruskan dapur di rumah akan dapat dipertingkatkan termasuk khasiat dan keselamatan hidangan makanan keluarga di rumah akan lebih terjamin dan tahap kebersihan serta keselamatan persekitaran dalam dan luar dapur serta peralatan dan perkakas dapur akan dapat diperbaiki. Suri rumah tangga juga akan lebih mudah mendapatkan lebih sokongan dari ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat tempatan.

Seterusnya diharap projek dapur sihat ini boleh dibangunkan sebagai pusat penyediaan makanan tambahan untuk ibu mengandung, kanak-kanak dan murid-murid sekolah. Ia juga boleh diperkembangkan untuk penyediaan makanan untuk golongan-golongan khusus seperti warga emas, pesakit-pesakit diabetes dan kardiovaskular, dan mereka yang daif dan kurang upaya.

Akhir sekali, Dapur Sihatt Masyarakat ini boleh dibangunkan untuk menjadi pusat sumber untuk rujukan dan penyelidikan serta pertunjukan contoh dapur sihat yang sempurna, lengkap, selamat, selesa dan mesra alam. Ini akan membolehkan proses pembelajaran secara lebih menarik, efektif dan berkesan serta bersesuaian dengan kehendak dan hasrat suri rumah tangga, ahli-ahli keluarga, jiran dan masyarakat setempat.

Sekian w.t.w.s.m.

Posted by Picasa
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1 reply
  1. Brent Farabee
    Brent Farabee says:

    HowdyHi thereHey thereHiHelloHey! Someone in my MyspaceFacebook group shared this sitewebsite with us so I came to give it a looklook it overtake a lookcheck it out. I’m definitely enjoyingloving the information. I’m book-markingbookmarking and will be tweeting this to my followers! TerrificWonderfulGreatFantasticOutstandingExceptionalSuperbExcellent blog and wonderfulterrificbrilliantamazinggreatexcellentfantasticoutstandingsuperb style and designdesign and styledesign.

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published.