Artikel ini memberi satu pengakuan bahawa pengubatan Islam banyak menggunakan garam dalam kaedah rawatan mereka. Tiada pertikaian hujah yang boleh saya utarakan kerana kaedah ini berdasarkan pengalaman serta uruf/adat dalam kaedah perubatan tersebut. Pengalaman seseorang perawat yang telah berkesan merawat penyakit yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus tidak perlu dipertikaikan lanjut. Tambahan pula ianya menjadi satu kejayaan umum yang telah dilakukan oleh perawat berkenaan walaupun tiada sebarang catatan dibuat dalam mana-mana penulisan.

Adapun terdapat hadis yang menyarankan kita mengambil secubit garam sebelum makan dan selepas makan:

Hadis dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, dinyatakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi nasehat beliau,

وإذا أكلت فابدأ بالملح واختم بالملح؛ فإن في الملح شفاء من سبعين داء، أولها الجذام والجنون والبرص

”Jika kamu makan, mulailah dengan mencicipi garam dan akhiri dengan makan garam. Kerana dalam garam terdapat ubat bagi 70 penyakit, yang pertama lepra, gila, dan kusta…”

Hadis ini terdapat perbahasan antara ulama. Hadis ini disebutkan oleh al-Harits bin Abi Usamah dalam al-Musnad bahawa sanadnya gugur, penuh rentetan perawi yang dinilai cacat Malah dalam matan hadis yang panjang, dalam hadisnya terdapat banyak yang munkar. Ini kerana hadis-hadisnya diriwayatkan dari para perawi dhaif dan majhul (tak dikenal).[2] Kemudian, Imam As-Suyuthi (Wafat 911 H) juga membawakan hadis di atas, dari jalur lain menyatakan bahawa semuanya dusta (atas nama ahlul bait).[3] As-Syaukani (Wafat 1250 H) juga memberikan penilaian yang sama. Bahkan beliau dengan tegas menyatakan, Hadis palsu.[4]

Dari semua keterangan di atas, tidak halal bagi kita untuk menyatakan bahwa mencicipi garam sebelum atau sesudah makan termasuk sunah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ini adalah pendustaan atas nama Rasulullah. 

Salah satu penyebab sakit Gout merebak adalah dengan memakan makanan yang tinggi kandungan purine. Di mana purine ini akan bertukar menjadi asid urik yang menjadi penyebab sakit gout. Garam bukan punca gout tetapi makanan laut, daging merah, organ dalaman dan kekacang mengandungi banyak zat purin.[5]

Garam juga tidak hancur walaupun dibakar. Cuma mineral (garam) seperti natrium, potasium adalah larut air. Justeru semasa memasak garam dalam bentuk hablur atau didalam makanan pejal akan dilarutkan ke makanan berkuah. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan garam terlarut secara penuh, elok dicampur selepas memasak atau masak secara stim dan kering.[6]

Jika makanan berkuah yang sudah terlarut garamnya, boleh kita nikmati zat garam secara sepenuhnya dengan menghirup licin kuahnya. 

Semoga ulasan ini mendapat pencerahan wajar buat anda semua. 

Suhazeli Abdullah 

Fb.com/drsuhazeli 

suhazeli.com 

13.5.2017

Sg Buloh, Selangor 

Pautan: 

[1] Huraian Hadis Makan Garam. https://konsultasisyariah.com/20746-sunnah-nabi-menjilat-garam-sebelum-dan-sesudah-makan.html

[2] Al-Fatawa al-Haditsiyah, al-Huwaeni, 1/497

[3] Al-Lali’ al-Mashnu’ah, 2/179.

[4] Al-Fawaid al-Majmu’ah, 1/78

[5] Sakit Gout. http://www.nhs.uk/Conditions/Gout/Pages/Causes.aspx

[6] Mineral in hot temperature. http://www.beyondveg.com/tu-j-l/raw-cooked/raw-cooked-2g.shtml

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleMesej Berantai Sinaran Kosmik Melalui Telefon
Next articleVirus Corona dalam Buah Tamar 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com