*#Kenapa_Haiwan_digunakan_untuk_Kajian?*

Haiwan digunakan dalam makmal untuk mengkaji penyakit dan ujikaji ubatan yang sesuai. Majoriti haiwan Dalam dua dekad terakhir ini, persamaan tersebut menjadi semakin ketara. Kini, saintis dapat mengembangkan penyelidikan menghasilkan ‘tikus transgenik’ yang membawa genetik mirip penyebab penyakit manusia. Tikus juga memiliki keefisienan kerana anatomi, fisiologi dan genetiknya dapat difahami dengan baik oleh penyelidik.

Beberapa tikus SCID (Severe Combined Immune Deficiency) secara semulajadi dilahirkan tanpa mempunyai kekebalan tubuh dari serangan penyakit dan ia menjadi model penyelidikan keadaan normal dan luar biasa akibat penyakit ke atas tubuh manusia.

Penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, katarak, kekejangan, masalah pernafasan, Parkinson, alzheimer, kanser, HIV dan AIDS, penyakit jantung, masalah saraf spinal adalah contoh penyakit manusia yang menggunakan tikus sebagai ujian bagi mengkaji penawar penyakit tersebut. Tikus juga digunakan untuk menguji ubat anti ketagihan dadah dan sekiranya berjaya, ubat tersebut berupaya menghentikan ketagihan.

Antara jenis haiwan yang digunakan adalah: Tikus pelbagai species seperti tikus putih (Sprague Dawley), Hamster dan Guinea Pig (Majoriti digunakan di Malaysia), Arnab (rabbit), Kambing, Lembu, Kinzir, Kuda dan Monyet.

Di Malaysia, terdapat kod etika khusus dalam pengambilan haiwan sebagai subjek kajian makmal. Sebagai contoh, Pusat Penyelidikan & Perkhidmatan Haiwan (ARASC) dan Jawatankuasa Etika Haiwan (AECUSM) oleh Universiti Sains Malaysia. Kod etika ini digunapakai bagi menghormati nilai dan maruah (dignity) kemanusiaan serta tindakan berperikemanusiaan ke atas haiwan.

Suhazeli Abdullah

fb.com/drsuhazeli

18.4.2017

Bukit Besi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleKorek Tahi Hidung dan Makan Sihatkan Badan? 
Next articleTuberkulosis 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com