Kali ini saya begitu bertuah kerana mendapat jemputan dari Hospital Setiu untuk menyampaikan ceramah yang cukup relevan bagi saya- Fekah dalam Perubatan. Program sehari yang dianjurkan oleh Pihak Hospital adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta betapa pentingnya seorang perawat di Hospital atau institusi kesihatan mengetahui selok belok fekah dalam perubatan. Setidak-tidaknya peserta mengetahui secara asas dalam fekah perubatan apabila berdepan dengan pesakit. Disamping itu juga peranan utama pengamal perubatan memberi khidmat nasihat mengenai kaedah solah dan cara mengambil wuduk. Mereka dapat mempelajarinya insyaAllah…

Dalam satu sesi yang menerangkan mengenai hukum memakai gelang bermagnet bagi lelaki –

TIDAK HARAM berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajian saintifik atau pengakuan individu yang berkelayakan dan boleh dipercayai agamanya.

Isu ini menimbulkan sedikit kontroversi apabila ada ustaz yang mengatakan harus memakainya kerana telah ada kajian yang menyatakan gelang bermagnet ini boleh menyembuhkan penyakit.
Saya tidak mahu membantah secara direct kenyataan ustaz itu kerana TIDAK HARAM = HARUS, tetapi perlu dilihat pula kepada kontek ayat dari majlis fatwa di atas yang menyatakan tidak haram berubat dengan gelang yang TERBUKTI melalui kajian saintifik.
Setakat pencarian saya lebih dari 20 artikel Cochrane [Suatu sumber rujukan yang paling tepat dalam kajian perubatan masa kini], tiada satu pun artikel yang meyokong gelang bermagnet ini boleh mendatangkan kesan ubat. Walaupun sebahagian kecil dari mereka menyatakan perubahan yang berlaku pada sesetengah orang dalam kajian adalah kesan psikologi yang sementara. Sebagai contohnya F Crawford dan C Thompson menyatakan beberapa kajian yang dijalankan menggunakan magnet bagi pesakit tapak kaki, tidak menyokong keberkesanan penggunaannya. Kroeling P, Gross A, Goldsmith CH pula menyatakan bahawa tiada bukti nyata dan tiada manfaat dalam penggunaan bahan bermagnet dalam merawat sakit tengkuk yang kronik.

SAH sekali lagi bahawa masih tiada lagi BUKTI Kukuh yang menyatakan gelang bermagnet itu boleh dijadikan ubat!!

Berikut adalah nota powerpoint ceramah untuk dikongsi…semoga menjadi insan yang bermanfaat. Dan ini adalah audio ceramah:

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Dan ini link artikel saya sebelum ini mengenai tiada bukti saintifik perubatan gelang bermagnet atau seumpamanya

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleAntara Pangkat dan Maruah Diri
Next articleTatacara download file dari blogspot ini
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com