#Persiapan_Pesakit_Menghadapi_Ramadhan
Soalan yang selalu muncul apabila menjelang puasa Ramadhan adalah hukum menggunakan ubat titis mata, guna alat sedut asma dan cucuk ubat; adakah ianya batal puasa atau sebaliknya. Walaupun ianya banyak dibincangkan di sesi-sesi kuliah mahupun media maya, tetapi masih ramai yang keliru mengenai hukum-hukum tersebut.
Sejak beberapa tahun lalu saya menulis dalam personal website dan facebook jawapan-jawapan bagi sah batal isu yang berkenaan. Mungkin ianya bukan rujukan lengkap, tetapi setidak-tidaknya isu asas diberikan bagi memberi kefahaman kepada pembaca.
Sehubungan dengan itu saya susun semua isu berkenaan dalam satu e-book. Boleh download secara percuma dan cetak sendiri untuk bacaan anda. Klik disini untuk download.
Topik yang dibincangkan:
– Definisi sakit yang mengharuskan berbuka puasa
– Mengharmoni beberapa hujah yang khilaf dalam isu sah batal puasa dalam menggunakan inhaler
– Isu khusus seperti, sahbatal buat pemeriksaaan vagina ibu hamil, pemberian cecair intravena, penggunaan inhaler, korek najis sembelit, rawatan gigi, nasihat pemakanan dan banyak lagi
p/s: Mungkin susunan masih belum lengkap dan cantik. Sila hubungi saya jika anda mempunyai cadangan atau kritikan membina.
Suhazeli Abdullah
1 Rejab 1438
29 MAc 2017
Sutra Resort, Merang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleUmat Gemuk di Akhir ZamanĀ 
Next articleRaja Satung
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com