Terdapat dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim berkaitan dengan “gemuk”.
Di bawah adalah teks daripada Sahih al-Bukhari. Daripada Imran bin Hussain r.a, Nabi s.a.w bersabda:
“‏ خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ‏”‏‏.‏ قَالَ عِمْرَانُ فَلاَ أَدْرِي أَذَكَرَ بَعْدَ قَرْنِهِ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا ‏”‏ ثُمَّ إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَشْهَدُونَ وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ، وَيَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ، وَيَنْذُرُونَ وَلاَ يَفُونَ، وَيَظْهَرُ فِيهِمُ السِّمَنُ‏‏.‏
Bermaksud: Sebaik-baik umat ku adalah kurun ku. Seterusnya yang mengikuti mereka, seterusnya yang mengikuti mereka. Imran berkata: Aku tidak tahu adakah baginda menyebutkan dua atau tiga kurun selepas kurunnya. (Baginda bersabda lagi): Sesungguhnya selepas kalian akan muncul kaum yang bersaksi tanpa diminta memberi persaksian, khianat dan tidak amanah, bernazar dan tidak menunaikannya, KEGEMUKAN akan terzahir daripada mereka.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Ashab an-Nabiy, hadis no: 3650].
Makna al siman (السِّمَنُ) / kegemukan dalam hadis berkenaan menjadi khilaf dikalangan ulama tafsir hadis.
Tiga maksud yang disimpulkan oleh ulama berkaitan dengan al siman itu:

1) Makan dan minum dengan melampau.

2) Tamak himpun harta.

3) Sombong
Al Siman / gemuk dalam hadis adalah gambaran manusia akhir zaman yang menjadi tamak haloba bagi memenuhi kehendak hidup (samada isi perut atau kemewahan dunia).
Jika السِّمَنُ itu ditafsir sebagai gemuk/obese/fatness semata-mata, ianya kurang tepat kerana kegemukan itu boleh wujud sepanjang zaman.
فَلَا يُنَافِي مَا وَرَدَ أَنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ السَّمِينَ، وَفِي رِوَايَةٍ يَبْغَضُ السَّمِينَ، فَإِنَّ مَحِلَّهُ إِذَا كَانَ عَنْ غَفْلَةٍ أَوْ نَشَأَ عَنْ تَنْعِيمٍ وَكَثْرَةِ أَكْلِ لَحْمٍ
Bermaksud: Maka tidak dinafikan apa yang diriwayatkan itu sesungguh Allah tidak suka kegemukan, dalam riwayat yang lain dimarahi kegemukan, sesungguhnya puncanya apabila hidup dalam keadaan lupa atau hidup dalam kemewahan dan banyak makan daging.
Nabi s.a.w di penghujung usia beliau dan beberapa sahabat lainnya juga berbadan gemuk.
Aisyah menceritakan,
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يُوتِرُ بِتِسْعِ رَكَعَاتٍ فَلَمَّا بَدَّنَ وَلَحُمَ صَلَّى سَبْعَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ
Bahwa Nabi s.a.w melakukan witir 9 rakaat, setelah beliau mulai gemuk dan berdaging, beliau shalat 7 rakaat. Kemudian shalat 2 rakaat sambil duduk. (HR. Ahmad 26651 dan Bukhari 4557).
Dari Hasan bin Ali Radhiyallahu ‘anhuma,
Saya bertanya kepada bapa saudaranya, Ibnu Abi Halah tentang ciri bentuk badan Nabi s.a. w. Beliau mengatakan,
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم فخما مفخما
Rasulullah s.a.w orang yang badannya besar. (as-Syamail al-Muhammadiyah Turmudzi, 1/34).
Dalam hadis disebut Nabi SAW ketika hujung hayat tubuhnya gemuk. Adakah ini berlawanan dengan hadis yang menyatakan Allah tidak suka org samin/gemuk?
Jawapannya maksud samin (gemuk) ialah mereka yang bermewah-mewah dan lalai dalam kehidupan dunia. Erti kata lain, السِّمَنُ ini adalah orang yang duduk bela perut mereka sehingga lupa matlamat kehidupan sebenar. Gemuk yang dibenci jika menjadikan sesaorang lalai atau bermewah mewah dan banyak makan .
Wallahu a’lam
Pusat Talaqqi Batu Rakit

Fb.com/PTBR.Official
25.3.2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleTiga Iktibar dari Surah Al Kahf
Next articlePersiapan Pesakit Menghadapi Ramadhan
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com