Teruja dengan Program Mari Bertarannum TV9. Lalu aku men’download’nya dari official website TV9. Video tu dari file format FLV dan menggunakan kemahiran yang aku ada, FLV di ‘convert’ kepada MP3. Setakat ini sudah terdapat 3 musim yang telah aku download dan convert. Mengambil masa yang agak lama dan kesabaran.
Untuk menjadi manusia yang bermanfaat..aku rasa elok dikongsi dengan pengunjung blog ni sekelian. Aku bukan cetak rompak kerana ianya boleh dapat free kat TV9 website. Kalau tuan/puan nak download sendiri pun tak apa. Aku boleh kongsi ilmu ini kepada pengunjung semua dengan cara pos la. Kalau nak muatkan dalam rapidshare atau esnip, tak muat kerana satu musim 1 CD. Kalau berminat boleh hantar email berserta nama penuh alamat dan…contat number kalau boleh. Aku akan cuba compilekan dalam bentuk 3 CD atau nak dalam bentuk DVD pun boleh tapi tak leh baca dalam CD player la. Aku save kan dalam data file format sahaja. boleh dengar dengan computer! Email format mana yang anda mahu.Satu lagi..takkan la pos CD tu free. Mesti guna sedikit kos. Harga CD murah je, tapi masa dan tenaga tu mahal. Cara nak bayar boleh belaka. melalui pos, bank online, cek, semua aku terima asal bayar.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleBravo Azhan Atan
Next articlePeluang Menanam Saham Akhirat
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com