Ilmu fisiologi saya mungkin agak ketinggalan zaman kut. Belajar sekitar 20 tahun lampau, setiap organ badan manusia bekerja sepanjang masa selagi nyawa dikandung badan. Saya kaget seketika apabila baca satu mesej tular mengenai waktu fisiologi badan berfungsi. Jika benar, bermakna kehidupan saya sebelum ini telah menentang arus!

Tapi silalah sudi baca komen saya terhadap mesej viral tersebut.

Mesej asal:

πŸ•”5 – 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

πŸ•–7 – 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

πŸ•˜9 – 11 pagi
Organ limpa bekerja. *Elakkan makan* dalam waktu ini.

πŸ•š11 – 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

πŸ•1 – 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.

πŸ•’3 – 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.

πŸ•”5 – 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.

πŸ•–7 – 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.

πŸ•˜9 – 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .

πŸ•š11 – 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.

πŸ•1 – 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

πŸ•’3 – 5 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.

β—Ύβ—Ύβ—Ύβ—Ύβ—Ύ

Ulasan Saya

Fisiologi tubuh bukan seperti robot. Badan dan organ manusia berfungsi sepanjang masa.

*Waktu Berak*
Perut, usus usus kecil, usus besar akan senantiasa bertindak selagi ada makanan untuk dihadam dan diserap. Tidak kira waktu. Setelah dihadam sekira-kira 2 jam, zat makanan akan diserap mengikut peringkat. Ada zat diserap di usus kecil, ada juga di usus besar. Kemudian lebihan buangan makanan akan dikumuhkan melalui dubur. Waktu perkumuhan pun tidak menentu. Bergantung kepada keghaliban dan keselesaan seseorang. Ada orang berak 2 kali seminggu, ada yg setiap hari, ada juga 2 kali sehari, ada juga 3 kali. Jika ditetapkan 2 kali sehari pagi dan petang, kesian pula orang berak seminggu 2 kali. Terganggu norma kehidupan pula. Dan jika nak ikut pernyataan kat atas tu takkan kita nak tunggu ccokoh atas mangkok tandas, tunggu timing. Sadis!

*Waktu Sarapan*
Sarapan pagi elok diambil. Ia penting bagi mengembalikan tenaga kita setelah tidur sepanjang malam dan memberi tenaga bagi meneruskan kerja di awal pagi. Tetapi ianya tiada kaitan secara langsung dengan kegemukan jika lewat makan sarapan. Berat badan akan bertambah bergantung kepada apa jenis makanan yang kita ambil. Samada jumlah kalori yang tinggi atau sebaliknya. Makan sewaktu lapar membolehkan kecenderungan seseorang itu makan banyak, dan kelebihan kalori ini menyebabkan kegemukan. Makan berlebihan kalori tidak semestinya waktu sarapan, malah makan tengahari mahupun makan malam akan menyebabkan kegemukan.

*Waktu kerja Limpa, Jantung, Ginjal, Hati, Hempedu dan ParuΒ²*

Organ Limpa juga berkhidmat sepanjang masa. Limpa TIDAK kerja jam 9 – 11 pagi sahaja. Tugasnya utk pertahanan badan dan tempat kitar semula sel darah. TIADA KAITAN dengan waktu makan.

Jantung TIDAK optimum jam 11-1 ptg. Kerjanya sepanjang masa. Tapi kajian sebut kematian kerap berlaku awal pagi kerana serangan sakit jantung. Ini dinamakan kesan “circadian rhytm”. Waktu puncak bagi ketidaktentuan rentak jantung (KRJ) ini adalah antara jam 6.00 hingga 10.00 pagi.[Boleh ke baca artikel lanjut di 1]

Kesian pula pada buah pinggang, jika jam 3-5 ptg pundi kencing baru nak kerja ikut teori “fisiologi badan” ni. Lagi kesian pada pesakit kencing manis duk tahan kencing.Rembesan urin melalui buah pinggang berlaku setiap ketika. Urin akan terkumpul dalam pundi kencing mengikut selaan masa tertentu. Bergantung kepada berapa banyak rembesan yang dikeluarkan. Apabila kantung pundi kencing mencapai 250 mls, isyarat akan diterima untuk dibuang. Tidak perlu tunggu hingga petang.

Berjaga malam bukan punca kanser akibat dari hati keluarkan toksik pada jam 1 – 3 pagi. Memang benar waktu ni adalah waktu tidur. Akan tetapi siapa yang berjaga malam jangan risau, teruskan tanggungjawab anda demi negara, bangsa dan agama.

Hempedu pula berfungsi sebagai pusat simpanan air hempedu yang dibina dalam hati. Air hempedu (bile) ini akan dirembeskan apabila makanan berlemak masuk dalam perut. Gunanya bagi melancarkan pencernaan lemak sebelum diserap dalam darah. Justeru ia berkerja apabila mendapat rangsangan makanan berlemak. Bukannya tetap diawal pagi.

Peparu menyerap oksigen sepanjang masa dalam jumlah yang hampir sama setiap waktu. Bukan sahaja di awal pagi jam 3 – 5 pagi. Pesakit asma kerap diserang asma diwaktu ini kerana cuaca sejuk yang mempengaruhi otot Peparu. Bangun dikala ini dan menyedut oksigen tidak dapat merawat asma.

Sekian ilmu dan kefahaman fisiologi saya. Jika berlainan dengan orang lain, sila maklum. Mungkin saya lemah bab ni.

Lenguh weh nak jawab…

Pautan Web:
[1] Adakah petua bangun tidur 3Β½ minit berkesan? http://www.suhazeli.com/

Suhazeli Abdullah
_Insan Faqir_
Fb.com/drsuhazeli
suhazeli.com

20.1.2017
Rabak, South Sudan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleKenapa Tiada Kajian atas Ubatan Sunnah?
Next articleManfaat dan Hukum Ganja
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com