Telah disebarkan terdapat ternakan kacukan antara Lembu dan Babi. Kononnya lembu-babi tersebut adalah hasil teknologi terkini dari ladang-ladang ternakan diluar negara terutama negara New Zealand dan Australia untuk di eksport ke Negara-Negara Muslim dan sebagainya. Hujung sebaran tular tersebut meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan pembelian susu dan daging dari lembu luar negara.
Setelah bertanyakan kepada beberapa rakan yan gahli dalam bab ini, mereka menjawab sebaran video serta tulisan itu tidak benar. Si penulis hanya berandaian kerana rupa bahagian punggung lembu tersebut seperti babi.
Sebenarnya ia adalah lembu sado, pernah dipamerkan di MAHA 2016. Menurut Prof Dr Shaharum Shamsuddin, Pakar Biologi Molekular USM, lembu tersebut adalah baka lembu berjenama Belgian-Blue. Lembu pedaging yang telah melalaui proses persenyawaan terkini (supercow conventional breeding).
Persenyawaan ini bukan mengambil baka babi dan dikacuk dengan lembu. Tetapi hasil dari perubahan struktur genetik (genetic engeneering) lembu ini akan membentuk otot-otot yang sado. TEknologi seupama ini telah dijalankan sejak 100 tahun yang lalu dibenua eropah. Boleh lihat banyak dokumentasi di http://www.piemontais.ca/english_pages/thebreed.html.
Di Malaysia, kajian dan pembangunan bagi lembu ini mula dibangunkan sejak 1980. Lihat laporan jurnal yang menulis mengenai Belgian Blue di negara kita. http://agtr.ilri.cgiar.org/index.php?option=com_content&task=view&id=89&Itemid=106.
Justeru sebaran yang mengatakan lembu tersebut adalah kacukan lembu dan babi adalah tidak benar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...