Disebarkan khasiat kesihatan sejenis sayuran bernama bawang terhadap manusia. Antara yang masyhur adalah bawang boleh bertindak sebagai antivirus, antibiotik dan menyembuhkan jangkitan kuman dalam darah serta paru-paru.

Adakah benar? Atau ianya hanya petua yang diamalkan semasa zaman tiada rawatan antibiotik atau antivirus? Patutkah ianya dipercayai dan diamalkan di klinik atau hospital seluruh negara? Atau sekadar penyedap rasa dalam makanan?
Saya paparkan beberapa kisah sebaran yang ditularkan melalui media sosial.
*KES PERTAMA*
Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yg lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2.
Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit.
Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah.
Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut.
Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.
*KES KEDUA*
Disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya.
Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.
*KES KETIGA*
Seorg yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan utk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dgn garpu pada salah satu hujungnya.
Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit.
Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya.
Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yg menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.
Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteria dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanfaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yg menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.
*Peringatan*
Adalah berbahaya utk menghiris bawang merah dan menggunakannya utk dimasak esok hari.
Info ni sangat2 berguna..sila lah share, moga membawa kebaikan pada orang lain !!!
*KES KEEMPAT*
Video hirisan bawang

. Secara ringkasnya video tersebut mengatakan bahawa hirisan bawang ditapak kaki boleh menyerap zat bawang yang mengandungi asid fosforik dan bertindak sebagai antibiotik. Seterusnnya zat bawang tersebut boleh menyucikan bakteria dalam darah dan memberi kesihatan kepada anda. 100% berubat secara natural!

◾◾◾◾◾
*ULASAN SAYA*
Keluarga bawang-bawangan mempunyai 7 beradik, iaitu bawang putih, bawang merah, bawang perisai, bawang kucai, bawang ganda, bawang bakung dan bawang bombai. Kesemuannya mempunyai khasiat dalam masakan dan menambahkan selera ramuan.
Perubatan Islam banyak dicatat penggunaan bawang sebagai wasilah mereka semasa merawat. Pengalaman perawat pengubatan Islam dalam menggunakan bawang mungkin boleh diambil sebagai komplementari semasa merawat pesakit. Ianya bukan asas.
Berteori bawang sebagai antibiotik atau antivirus adalah salah. Ini kerana bahan yang terdapat dalam bawang bukan bersifat pembunuh bakteria atau virus. Terdapat kajian makmal yang menunjukkan bawang boleh menghalang kehadiran bakteria disekitar sapuan minyak bawang. [1] Tetapi kajian ini tidak boleh diaplikasikan dalam merawat pesakit yang dijangkiti kuman. Ia sekadar luaran sahaja. Malah kajian antibiotik dan antivirus yang sedia ada sekarang ini lebih baik dari bawang.
Jika bawang dikupas dan diletakkan terdedah, akan berlaku pengoksidaan. Oleh yang demikian ia akan bertukar warna. Lambat laun akan manjadi basi, dalam masa yang sama bakteria boleh menghinggapi. Ini bukan bermakna seluruh bakteria atau virus yang ada disekeliling akan disedut oleh bawang. Persekitaran akan tetap tercemar jika tidak menjaga kebersihan.
Zat bawang tidak sesekali memasuki kulit manusia. Jauh sekali masuk dalam sistem darah dan bertindak balas seolah-olah sebagai antibiotik atau atau antivirus.[2] Kepercayaan zat bawang akan masuk melalui tapak kaki ketika tidur amat merugikan.
Membazir namanya. Bawang adalah untuk ramuan dalam makanan bukan tempatnya ditapak kaki. Apa hukum orang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya? Khasiat kesihatan bawangan ini pun tidak dapat dibuktikan.
Merawat kuman dalam darah atau paru-paru bukan secara luaran samada ditampal di tapak kaki atau mana-mana lokasi badan. Lagi pun jika bakteria atau virus memasuki darah, sesorang itu sudah pasti berada di wad kerana tanda-tanda sepsis (Jangkitan kuman dalam darah) akan berlaku. Bukannya berehat atas katil, tidur di rumah kecuali anda sudah nazak!
Rujukan
[1] Kajian antibakteria dan antioksida terhadap bawang.  https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25470273
Suhazeli Abdullah
_Insan Faqir_
Fb.com/drsuhazeli
Suhazeli.com
18.1.2017
Khartoum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleBidaah Air Kosong dalam Perubatan?
Next articleRawat Kena Air Panas dengan Tepung Gandum?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com