Thursday, April 25, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Mabuk dalam Penerbangan

Kepala berpusing, loya nak muntah, sakit sendi dan berpeluh. Itulah tanda-tanda jemaah yang mengalami mabuk dalam perjalanan.

Masalah utama pesakit semasa ketibaan di lapangan terbang adalah mabuk perjalanan. Lapan jam dalam kapal terbang, membuatkan jemaah menjadi rimas dan mula muntah-muntah.

Justeru, di bawah ini beberapa panduan untuk jemaah bagi mengelakkan serangan mabuk perjalanan.

ยท Rehat secukupnya sehari sebelum berlepas.

ยท Jika anda dibenarkan memilih tempat duduk dalam pesawat, pilihlah barisan tengah bagi mengurangkan teradedah kepada objek bergerak di luar.

ยท Cari kawasan yang agak luas supaya dapat bernafas dengan lega.

ยท Cuba kaedah memicit pertengahan lengan untuk mengurangkan mabuk perjalanan. Bebola lengan ini terletak 2 sm dari urat melintang lengan. (‘neiguan’ in pericardium meridian): di antara dua tendon iaitu m. palmaris longus dan m. flexer radialis. Sila lihat gambar.

ยท Duduk separuh mengiring dan tetapkan pandangan mata kepada satu objek yang tidak bergerak pada sudut 45 darjah ke atas

ยท Elakkan memandang keluar pesawat.

ยท Tidak membaca atau menggunakan komputer.

ยท Makan jangan terlalu kenyang. Jika lapar dapatkan snak untuk mengalas perut.

Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada semua jemaah haji yang akan berangkat ke Tanah Suci atau pulang ke Tanah Air

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous article
Next article
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

4 COMMENTS

Comments are closed.

Popular Articles