Adakah Hadis-hadis Perubatan bercanggah dengan Perubatan Moden?

Seringkali para penggemar rawatan alternatif menyandarkan hujah mereka atas beberapa hadis Nabi SAW dalam berubat. Antaranya hadis yang melibatkan habbatussauda, madu, bekam dan seumpamanya. 

Lantas mereka juga mendakwa perubatan moden bersumberkan orang bukan Islam, harus ditolak. 

Isu berkaitan hadis-hadis perubatan ini pernah dijawab oleh Prof Dr Sulaiman Asghar, ulama kotemporari yang banyak menulis isu-isu perubatan. 

Berikut adalah jawapan beliau berkaitan hadis-hadis perubatan, adakah ianya bercanggah dengan perubatan moden: 

الاحتجاج بالأحاديث النبوية في المسائل الطبية

تاريخ الفتوى: 12/ October/ 1999 
تاريخ الإجابة: 2/December/ 2001

اسم المفتي  أ.د / محمد سليمان الأشقر
نص السؤال
وردت أحاديث كثيرة حول المسائل الطبية فما مدى حجية هذه الأحاديث ؟ وهل نحن مأمورون باتباعها حتى ولو خالفت ما توصل إليه العلم الحديث ؟


SOALAN


Terdapat banyak hadis berkaitan isu perubatan, sejauh manakah boleh berhujah dengan hadis-hadis tersebut? Adakah kita diperintah mengikutnya walaupun bercanggah dengan penemuan-penemuan perubatan terkini?


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله يقول الأستاذ الدكتور محمد سليمان الأشقر أستاذ الشريعة بجامعة الكويت إن الأحاديث المذكورة نوعان رئيسيان:


JAWAPAN 


Hadis  terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1-hadis yang dikategorikan sebagai satu syariat,,,,, maka wajib ikut.

أولهمــا: ما يعتبر شرعا يتبع، ويعمل به، كسائر الأحاديث الواردة عنه ـ صلى الله عليه وسلم ـ في شؤون الاعتقادات والعبادات والمعاملات والأحكام المختلفة التكليفية والوضعية.


Hadis yang bukan syariat tetapi ianya berkaitan urusan kehidupan dunia, ucapan baginda SAW dalam hal ini sama dengan ucapan manusia lain .
والثاني: مالا يعتبر شرعا، ولا يلزم العمل به، وسبيله سبيل الشؤون الدنيوية ،يعتبر قول النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ فيها كقول سائر الناس النوع الأول وهو ما ورد من الأحاديث في الطب ويعتبر شرعا يتبع: ويشمل فئات: ـ


Berhujah dengan hadis-hadis yang berkaitan perubatan dijawab oleh Prof Dr Muhammad Sulaiman al Asyqar. 


Terdapat banyak hadis berkaitan isu perubatan dan kaedah berubat, sejauh manakah berhujah dengan hadis-hadis tersebut? Adakah dengan penemuan-penemuan terkini menafikan hadis-hadis berkenaan?


Ulama membahagikan hadis berkaitan perubatan terbahagi kepada dua jenis: 


1) Hadis yang merupakan syarak maka wajib diikut seperti hadis yang berkaitan dengan hukum yang seumpamanya. 


2) Hadis yang bukan berkaitan dengan syariah tetapi ianya berkaitan urusan kehidupan dunia ucapan baginda Rasulullah SAW, dalam hal ini sama seperti ucapan manusia yang lain.


Jenis hadis yang pertama yang berkaitan dengan perubatan dan ianya merupakan syariah yang perlu dipatuhi hadis-hadis yang berkaitan dengan perubatan dan pengambilan ubat-ubatan hadis ini hendaklah diikuti oleh para mukallaf syarat datang untuk menerangkan kepada mukallaf apa yang diwajibkan oleh Allah daripada perubatan apa yang haram yang sunat makruh harus dikenali sebagai hukum 5 di antara hadis tersebut.


Di antara hadis tersebut hadis yang menyuruh agar kita berubat dan Allah subhanahu wa taala tidak menurunkan penyakit melainkan Allah menurunkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja iaitu penyakit tua atau mati. Antaranya hadis bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda wahai hamba-hamba Allah kerana Allah tidak menurunkan penyakit melainkan menentukan baginya ubat kecuali satu penyakit iaitu penyakit tua dan  hadis yang  lain disebut penyakit melainkan diturunkan bersamanya ubat diketahui oleh orang yang mengetahui mengetahui mengetahui penyakit mati tiada ubatnya. 


Menurut Ibn Hajar, hadis-hadis yang berkaitan dengan perubatan tersebut memberitahu bahawa kesembuhan itu bergantung kepada keizinan Allah subhanahu wa ta’ala menunjukkan bahawa perlunya berusaha dengan dan berubat itu tidak berlawanan dengan tawakal kepada Allah subhanahu wa ta’ala tidak bercanggah dengan sebagaimana tidak  bercanggah segala usaha yang dibuat oleh manusia dengan konsep tawakal itu sendiri seperti menghindarkan diri daripada lapar dahaga dengan makan dan minum menjauhi perkara yang membinasakan berdoa untuk mendapat kesembuhan dan seumpamanya.


Dinyatakan dalam hadis aku berkata wahai Rasulullah apa pendapat Rasulullah tentang jampi yang kami gunakan dan ubat-ubatan adakah ubat dan jampi itu boleh menolak ketentuan Allah subhanahu wa ta’ala maka baginda jampi dan ubat itu juga merupakan ketentuan daripada Allah subhanahu wa ta’ala


Berubat dituntut oleh Islam ianya bukan perkara haram dan tidak bercanggah dengan Islam dan syariatnya jelas daripada syarak yang menyuruh untuk berusaha mencari sebab-sebab yang membawa kebaikan dan menghindarkan segala kerosakan.


Contohnya hadis-hadis yang menunjukkkan Rasulullah SAW ketika sakit, baginda mendapatkan rawatan, kadang-kadang baginda bertanyakan ahli perubatan tentang ubat bagi penyakit yang baginda hadapi.


Ada orang arab menerangkan kepada baginda SAW  tentang ubat bagi penyakit yang baginda hadapi.


Setelah baginda diberitahu, Aisyah akan menyediakan atau membancuh ubat-ubatan tersebut, lantaran itu Aisyah Rha mahir tentang ubat-ubatan.


Perbuatan baginda itu dalil, berubat itu bukanlah satu larangan.


Di antara hadis berkaitan rawatan juga ialah hadis yang berkaitan kaedah rawatan dan hal pesakit seperti wanita merawat lelaki ketika peperangan sebagaimana hadis riwayat al Bukhori, hadis yang berkaitan ziarah pesakit iaitu hadis baginda saw menziarahi pesakit yahudi, doa untuk pesakit, hadis berkaitan rawatan yang diharamkan seperti merawat dengan azimat dan arak.


Terdapat juga hadis yang menerangkan tentang kaedah rawatan yang ditentukan oleh syarak seperti bersiwak menyihatkan mulut, merawat melalui bacaan tertentu, rawatan melalui sedekah.


Terdapat juga hadis yang menjelaskan ubat (sesuatu yang menyihatkan badan)  yang dinyatakan oleh al Quran seperti hadis yang menerangkan berkaitan madu, minyak zaitun,


وقد تقدم قول النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ في حديث تأبير النخل ” ما حدثتكم عن الله فخذوا به، وما حدثتكم من رأي فإنما أنا بشر أخطىء وأصيب ” فهذه الفئة منضمة إلى ما حدثنا به النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ عن الله تعالى من سائر أمور الدين، فلزمنا العمل به، سواء كان نهيا، فيمنع التداوي به، أو أمرا فيكون دواء مقبولا.


Hadis yang bukan berkaitan dengan syariah pula ianya berkaitan urusan kehidupan dunia ucapan baginda sallallahu alaihi wasallam dalam hal ini sama seperti ucapan manusia yang lain.


Hadis-hadis ini tidak menjadi hujah dalam perubatan. Di antaranya hadis-hadis berikut:

Arahan memakan buah delima kerana ia menyucikan usus sebagaimana hadis riwayat Ahmad, hadis yang berkaitan berbekam, menuang air dari 7 telaga untuk merawat penyakit demam.


Hadis-hadis tersebut yang berkaitan dengan perubatan tidak wajar dijadikan hujah dalam perubatan, bahkan ianya hendaklah dirujuk kepada ahli perubatan. Merekalah yang menentukan ubat yang sesuai dengan penyakit yang dihadapi. Walau bagaimanapun, ubat-ubat yang disebut itu tidak wajar diketepikan secara total.


Saya berpendapat- Dr Asyqar- jalan yang terbaik ialah penentuan ubat-ubatan hendaklah dilakukan melalui kajian klinikal , dan hasil ujian tersebut adalah menjadikan hujah untuk diamalkan, bukannya diambil secara literal dari hadis-hadis. Lebih-lebih lagi hadis yang berkaitan ubat atau rawatan kebanyakan bukanlah hadis yang kuat.


Berkenaan hadis yang tiada kaitan dengan pensyaritan ini, al Bazzar meriwayatkan

إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ فَمَا حَدَّثْتُكُمْ عَنِ اللَّهِ فَهُوَ حَقٌّ وَمَا قُلْتُ فِيهِ مِنْ قِبَلِ نَفْسِي فإنما أنا بشر أخطيء وَأُصِيبُ


Sesungguhnya aku adalah manusia, apa yang aku ucapkan dari Allah, maka ianya benar, apa yang aku ucapkan dari pendapatku, maka aku adalah seorang manusia yang mungkin salah mungkin benar.


نقلا عن اسلام اون لاين


Pautan: 

http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1764


http://cupping.khayma.com/ashgar.htm


http://ahmadzain.com/read/ilmu/347/mengenal-lebih-dekat-tentang-perbuatan-rasul/



Suntingan 

Ustaz Ahmad Tarmizi Taha 

Pensyarah UniSZA 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...