Ramai yang keliru dengan tulisan saya minggu lalu berkaitan air rebusan limau nipis yang berjaya menyembuhkkan seorang pesara imegresen dan rakan-rakan mereka.[1]

Jika diteliti ayat yang saya tulis itu adalah bernada satira dan reverse psycho. Dengan makna lain bahawa tidak sesekali lagi dalam dunia perubatan kini menemui kaedah bagi menyembuhkan penyakit Kencing Manis.

Air rebusan limau seperti yang diviralkan tu tak pernah dibuktikan. Malah ada pesakit yang end up with DKA (diabetic ketoacidos) atau pengsan sebab gula terlalu tinggi. Walaupun terdapat pesakit yang mendakwa mereka sembuh sepenuhnya. Dakwaan ini berbentuk testimoni tanpa ujian yang definitif / penentuan sahih dari doktor. Perlu diingatkan bahawa penjagaan kencing manis bukan setakat sekali bacaan paras gula dan bukan setakat paras gula yang dipantau oleh doktor. Ianya melibatkan penjagaan organ-organ badan yang lain supaya tidak semakin mendatangkan mudarat.

Bagi pesakit kencing manis, insulin badan tidak berfungsi untuk membawa gula ke dalam sel badan seterusnya “dibakar” bagi menghasilkan tenaga. Ini adalah fisiologi badan kita. Jika insulin tidak berfungsi, gula yang masuk dalam badan tidak dapat digunakan / “dibakar” dalam bentuk tenaga. Justeru asid limau atau garam yang diadunkan itu tidak ada kaitan langsung pun dengan kaedah menurunkan gula. Yang menjadi masalah adalah pesakit hanya mengambil air rebusan limau sahaja dan meninggalkan ubat utama.. akhirnya paras gula dalam badan tidak turun. Boleh pengsan dan dimasukkan ke wad kecemasan segera.

Kencing manis adalah penyakit sistemik (melibatkan semua organ badan). Tidak memadai dengan sekadar menurunkan gula. Jika sembuh terus seperti pesara imegresen tu, (yang saya sebut dalam perenggan akhir artikel saya sebelum ini) saya nak jumpa dan uji sendiri pesakit yang mendakwa testimoni berkenaan. Saya sanggup bayar tambang  perjalanan dan makan minum beliau. Tetapi jika terbukti sebaliknya, sila bai-bai.


Sepanjang 20 tahun berkhidmat sebagai doktor, tiada lagi jumpa pesakit yang telah didiagnos kencing manis sembuh sepenuhnya. Jika gula terkawal tu ada.. tetapi sembuh TIADA. Hatta pesakit yang mengambil ubat hospital pun, TIADA yang sembuh 100% (buat masa ini). Pada masa depan adalah diluar pengetahun saya (wallahu a’lam). Mungkin boleh sembuh dengan penemuan terbaru kaedah² perubatan. Dunia perubatan senantiasa berubah.


sekali lagi, jika ada kawan yang mendakwa mereka itu sembuh dengan air rebusan limau, minta no tel atau PM saya. Saya nak buat pengecaman dan pengesahan secara objektif bukan main cakap² sahaja. Jika benar, saya akan iklankan bahawa beliau adalah orang pertama dunia ditemui sembuh. Mungkin beliau akan dapat nobel price… (sebenarnya itulah intisari artikel saya tu)

Tapi pembaca faham lain

Pautan:

Artikel Awal. https://suhazeli.com/wp/?p=2008

Dr Suhazeli Abdullah

fb.com/drsuhazeli

Kuala Berang

24.12.2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleFakta Goepolitik Gerakan Islam dan Konflik Syria 
Next articleSalah Tafsir Penggunaan Ganja dalam Perubatan
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com