Apabila tercetusnya isu kehadiran beliau ke Persidangan Antarabangsa di Tehran, pelbagai tohmahan dan sindiran dari golongan yang selama ini membenci beliau. 

Alhamdulillah dengan penerangan telah diberikan membuka mata banyak pihak berkaitan kemelut politik antarabangsa. Satu persatu diberi kefahaman kepada masyarakat bahawa permainan musuh amat menggerunkan dan perlu ketelitian dalam mendepaninya. 

Berikut adalah berita lanjut dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 

Tegas Pertahankan Kepentingan Dunia Islam, Sedia Letak Jawatan KUIS

SHARE THIS

  • Add to Delicious
  • Share on FriendFeed
  • Digg
  • submit to reddit

TAGS

MARANG – Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pendiriannya dan mahu Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) teguh berdiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau pun negara.

Katanya, beliau pergi ke persidangan di Iran pada minggu lalu kerana beliau adalah ahli kepada ‘Majma’ Taqrib’ yang ditubuhkan dalam tahun 1980.

“saya hadir ke program tahunan (setiap tahun) di situ, kecuali saya uzur……dan saya hadir, dan bukan (baru) kali pertama saya hadir,

“dan saya hadir dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama…….tanpa mengira Sunni dan Syiah mereka perlu bersatu dan saya kritik Iran (dalam ucapan saya),”jelasnya.

Tegasnya, beliau tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan terpengaruh kepada Barat atau Timur serta bercakap atas kepentingan Islam semata-mata.

TG Hadi PC 231316cBeliau berkata demikian kepada pihak media apabila ditanya tentang kedudukan beliau dalam KUIS dan pemergian beliau ke negara Iran, hari ini Jumaat 23 Disember, selepas kuliah mingguannya di masjid Rusila.

Sehubungan itu, beliau telah menghantar surat penjelasan kepada KUIS dan bersedia meletakkan jawatan sekiranya ia tidak sesuai dengan dasar pertubuhan itu.

“dan bila ada desakan ini…….saya dah tulis surat kepada KUIS (dan menyatakan) bahawa itu pendirian saya…….(dan) saya tidak terpengaruh dengan dasar Qatar, dasar (Arab) Saudi (atau) dasar Emirate (Arab Bersatu),

“apa lagi saya terkilan dengan (sidang) Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dua minggu yang lalu yang turut disertai oleh Perdana Menteri British,”tegasnya.

Beliau mempersoalkan kehadiran British dalam sidang tersebut yang bukan terdiri daripada negara Teluk Parsi dan telah membuat resolusi untuk bersama menentang Iran.

“bukan untuk menentang Israel! (mahu) menentang Iran…..ini apa makna? Ini satu benda (perkara) yang sangat kacau di Asia Barat!,”tambahnya.

Beliau menjelaskan, PAS ada pendirian sendiri dalam menghadapi kemelut Timur Tegah sejak dari Perang Teluk yang pertama dahulu, yang mungkin berbeza pada pandangan pihak lain.

Ustaz Abdul Hadi juga menegaskan PAS adalah Sunni dan bukannya pengikut Syiah serta membaca politik antarabangsa, bukan hanya dengan pandangan lahir yang sempit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleKemelut Perang Timur Tengah Perlu Penelitian
Next articleFakta Goepolitik Gerakan Islam dan Konflik Syria 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com