Mungkin yang ada yang tidak tahu (atau buat-buat tidak tahu), dalam konteks global, selain menjawat jawatan sebagai Timbalan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga merupakan Ahli al-Majma’ al-Alami li al-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiah (Majlis Antarabangsa bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Islam), yang berpusat di Tehran, Iran. 
Bahkan (setahu saya), TGHH telah menjawat jawatan sebagai timbalan KUIS pada masa sama (dan lebih awal) menjadi ahli majma’ taqrib mazhab. Tahun lepas dan sebelum ini, ada sahaja TGHH pergi (dalam keadaan perang di Syria yang masih belum reda), mungkin tidak ramai yang tahu justeru tidak menjadi isu. Bukan TGHH sahaja, ramai sahaja wakil dari Ilmuwan Sunni pernah hadir dalam seminar taqrib di Iran, termasuklah; al-Marhum Dr Said Ramadhan al-Buti (Syria), Mufti Syria – Ahmad Badreddin Hassoun, Habib Umar Hafiz (Yemen), Habib Ali al-Jufri (UAE), Kamal Helbawi (IM), Khaled Mash’al (Hamas) dan Molavi Abdol Hamid (Iran).
Justeru TGHH dalam pelbagai wacana, seminar, kuliah, ceramah, tidak melihat pertembungan Sunni-Syiah sebagai isu, kerana ulama dahulu dari kedua-dua aliran tersebut telah menyelesaikan masalah tersebut dengan baik dan tidak masalah untuk saling belajar antara satu sama lain. Jauh sekali sebagaimana sebahagian kita pada hari ini yang lebih cenderung untuk menjadi Tuhan. 
Hal yang sama dilihat oleh gerakan Islam Hamas, Jihad Islam yang berjuang bermatian-matian di Palestin yang sebelum ini tidak pula menjadi perhatian ramai pihak. Di mana suara kalian ketika negara Arab tunduk kepada Amerika dan bersetongkol menjatuhkan kerajaan Morsi dan saban tahun berbilion peruntukan persenjataan (top recipient of American-made arms from 2011-2015) dari sana. Mungkin taqrib yang ada diharuskan barangkali.
Dalam wacana [Wacana Isu Antarabangsa] IRAN: Kawan atau Lawan? tahun ni, TG juga ada sebut perihal pertemuan dengan Profesor Najmuddin Erbakan dan menteri Petroleum Iran Dr Ali Vilayati. Erbakan menasihati Vilayati supaya berbaik-baik dengan Russia, China dan Venezulea yang menjadi seteru kepada Amerika dan Israel. Iran mendengar nasihat Erbakan dan kini melangkah jauh bab ketenteraan. Tidak timbul pula isu Sunni-Syiah di sini, kerana mereka pandangan mereka persis sebagaimana TGHH, perihal apa yang berlaku kalangan umat. Banyak lagi contoh isu persepakatan boleh dicapai antara kedua aliran dalam mendepani hegemoni kuasa besar dunia. 
Justeru isu yang besar adalah perancangan Amerika dan Israel ke atas dunia Islam. Sebab tu mengaji usuluddin, fiqh, quran sunnah kena seimbang dengan pengajian ilmu-ilmu lain lebih-lebih lagi ilmu geopolitik. Tidak kiralah ada 10 doktorat dalam satu bidang pun. Bila lihat satu sudut sahaja, tidak kemanalah kita melainkan menjadi mangsa percaturan sahaja. Musuh Islam tidak gentar bila ramainya ulama yang ‘Abid atau hanya menumpukan pada periuk nasi mereka sahaja, tetapi yang mereka geruni adalah ulama yang cerdik dan boleh membaca strategi mereka.
Cukuplah tu untuk setakat ini, nanti tulis lebih-lebih dilabel bersetongkol dengan pembunuh dan pro Iran (baca: Syiah) pula.

C/P

Wallahualam.
Pautan:

Wacana Antarabangsa: Syiah Kawan atau Lawan. https://youtu.be/8fUEJr4HHYQ

Laporan penjualan senjata. http://www.aljazeera.com/news/2016/06/cia-weapons-syrian-rebels-jordan-black-market-160626141335170.html

http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2010/10/20101020173353178622.html
https://www.theguardian.com/world/2016/aug/10/saudi-arabia-close-to-deal-to-buy-115bn-worth-of-military-equipment-from-us
https://www.theguardian.com/commentisfree/2016/apr/22/us-saudi-arabia-weapons-arms-deals-foreign-policy
http://www.reuters.com/article/us-usa-saudi-security-idUSKCN11D2JQ
http://edition.cnn.com/2016/05/24/politics/us-arms-sales-worldwide/
http://www.independent.co.uk/us/saudi-arabia-us-arms-deal-weapons-sale-tanks-guns-barack-obama-a7182186.html 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleToleransi Ilmu Para Cendikiawan 
Next articleTegas dengan Prinsip
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com