#PelajariAdab

Bacaan yang manis untuk ditelaah oleh para pejuang kebenaran adalah bait-bait surat menyurat antara Margareth Marcus (Maryam Jameela) dengan Al Maududi (1903 – 1979). Semoga Allah merahmati mereka berdua. 

Tulisan yang cukup ilmiah sehinggalah memberi hidayah kepada Maryam Jameela (1934 – 2012) untuk terus memeluk Islam dan istiqomah. 

Tulisan kedua-duanya cukup indah. Tiada sinis, cercaan dan perlian yang membolehkan kedua-duanya berhujah atas dasar ilmu. 

Tidak salah para ilmuwan jawab menjawab dalam segala isu yang dihangatkan massa. Dengan syarat ianya dalam lingkungan ilmu yang berfakta. Nasihat menasihati satu sama lain. Beristighfar diakhir kalam dan penyudahnya amat membahagiakan. 

Cuma mungkin berbeda di zaman mellinuim ini, para ilmuwan cuba menjawab dengan nada yang terunggul. Tetapi pada komentator dibawahnya pula merosakkan ketenangan hujah. Lantas para ilmuwan tadi juga terikut-ikut dengan rentak ahli bukan ilmu dalam garis-masa mereka. 

Sedih. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleSiapa Dalang Krisis Perang di Timur Tengah? 
Next articleKemelut Perang Timur Tengah Perlu Penelitian
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com