#PelajariAdab 

Seingat saya, golongan yang bergelar ulama mempunyai kaedah untuk tegur menegur sesama mereka. Bukan secara pengistiharan dikhalayak ramai jika isu itu belum dipastikan hujung pangkal. Mereka akan berdepan, bermesyuarat atau menelefon memohon penjelasan lanjut. Barulah dikeluarkan kenyataan. 
Saya agak kaget bila ada juga golongan ulama yang menulis dalam media maya mengherdik atau menghentam ulama lain kerana tidak sependapat dengan beliau. Walau mungkin tulisan berkenaan tidak secara tepat menuduh sesorang ulama itu, tetapi kaedah penulisan itu sendiri kita memahami hasratnya. 
Lantas, tulisan-tulisan sedemikian diambil kesempatan oleh orang yang tidak bergelar ulama menambah api dalam sekam. Melaga-lagakan mereka atas isu yang sebenarnya boleh diselesaikan dimeja perbincangan. 
Cantik ulasan dari sahabat saya DrAzman Ibrahim dalam isu perbezaan pendapat ulama ini. Kata beliau: 

Para ulama sepakat dalam perkara aqidah. Biasa bagi mereka berbeza pendapat dalam isu dan pendekatan politik.

Perbezaan ini berlaku disebabkan banyak faktor. 

Dalam Kesatuan Ulama Islam Sedunia bukan semua ulama di dalamnya adalah pemimpin Harakah Islamiyyah. Bukan semua mereka juga tinggal dan bergerak dalam sebuah negara demokrasi. Ada yang bermastautin dalam sebuah negara dengan sistem beraja.  
Qatar tempat tinggal Dr Yusof Al Qaradhawi Rahimahullah adalah sebuah negara Emir. Geopolitik Qatar tak sama dengan Malaysia. Al Qaradhawi juga bukan pemimpin sebuah parti Islam seperti TGHH. Adalah lumrah andai wujud perbezaan pandangan politik antara Al Qaradhawi dan TGHH. Mereka berdua adalah ulama pemimpin ummat. Tiada yang mereka fikir melainkan kebaikan untuk ummat.
Dalam bab syiah, pastinya dari segi aqidah tiada perbezaan pendapat antara Al Qaradhawi dan TGHH. Cuma kelihatan ada perbezaan pendapat antara kedua ulama besar ini berkaitan pendekatan politik untuk menangani isu syiah. TGHH nampak lebih moderate berbanding al Qaradhawi. 
Apatah lagi sekarang ini, yang banyak bergerak ke serata dunia membawa misi ummat Islam adalah TGHH. Biar para ulama buat kerja mereka. 
Lantaran itu saya melihat cubaan dari kalangan mereka yang nak berperanan untuk menjadi tukang laga antara 2 tokoh ulama ini supaya berhenti segera dari buat kerja yang sia-sia.

Titik!

Sumber: fb.com/drazmanibrahim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleHukum Mangsa Perang Bunuh Anak Isteri Elak di Rogol
Next articleSiapa Dalang Krisis Perang di Timur Tengah? 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com