Oleh: Asmaa Yusof

Kereta terbakar setelah di bom. Istanbul, Turkey, December 10, 2016. REUTERS/Murad Sezer
Kereta terbakar setelah di bom. Istanbul, Turkey, December 10, 2016. REUTERS/Murad Sezer

Sekurang-kurangnya 29 terbunuh manakala 166 yang lain cedera dalam serangan terbaru, dua jam selepas perlawanan bola sepak di Turki, lapor Reuters pagi ini.

Menurut agensi berita AFP, dua letupan berasingan telah disasarkan ke Istanbul. Serangan pertama dipercayai berpunca dari letupan bom melibatkan sebuah kereta di luar stadium pasukan bola sepak Besiktas, manakala letupan kedua berpunca dari serangan pengebom bunuh diri.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus memaklumkan letupan bom kedua berlaku kira-kira 45 saat selepas letupan kereta sambil memberitahu 10 orang telah ditahan berdasarkan bukti letupan tersebut.

Sinem Koseoglu, wartawan Al Jazeera yang melaporkan dari Istanbul menyatakan pihak keselamatan juga mengesahkan hal sama malah menjangka jumlah kematian mungkin meningkat.

Selain itu, semua jalan menuju ke kawasan kejadian ditutup manakala pengangkutan awam juga dihentikan operasi ketika ini.

Insiden tersebut turut mendapat reaksi Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Dalam kenyataannya, beliau berkata satu serangan pengganas telah dijalankan terhadap pasukan keselamatan Turki dan rakyat.

Tambah Erdogan, serangan tercetus tidak lama selepas berakhirnya perlawanan bola sepak. Kesal dengan insiden tersebut, beliau berkata Istanbul sekali lagi menyaksikan keganasan buruk.

Sumber: http://ulamasedunia.org/2016/12/11/letupan-terbaru-turki-ragut-puluhan-nyawa/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous article​Hormati Profesion Masing-masing
Next articleAdakah Daku Kufur Nikmat?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com