Jadi imam solat jemaah perlu banyak ilmu dan pandai troubleshooting jika tersilap. Maksudnya hukum fekah berkaitan solat berjemaah dan bagaimana menguruskan kesalahan dalam solat perlu diketahui dengan mendalam oleh imam.
Bahkan juga makmum yang berada dibelakang imam juga perlu fakih bab ini. Bagaiamana kaedah menegur dan jika imam terus melakukan kesilapan, apa wajib dilakukan. Jika tak reti troubleshooting ini, solat imam tidak sah, dan solat makmum juga tidak sah. Pendeknya, kena ulangi solat la. Bahkan juga makmum yang berada dibelakang imam juga perlu fakih bab ini. Bagaiamana kaedah menegur dan jika imam terus melakukan kesilapan, apa wajid dilakukan. Jika tak reti troubleshooting ini, DALAM KES-KES TERTENTU  solat imam tidak sah, dan solat makmum juga tidak sah. Pendeknya, kena ulangi solat la.
Pernah berlaku satu ketika imam terlebih rakaat semasa solat isyak. Sepatutnya imam duduk tahiyyat akhir tetapi beliau terus meluru naik ke rakaat ke 5. Bilal dibelakang iman sudah ‘tegur’ dengan ucapan zikir Subhanallah beberapa kali. Namun imam meneruskan qiam bagi rakaat ke 5 beliau. Bagaimana para makmum akan bertindak?
Terdapat tiga situasi:
1) Makmum tidak perlu ikut imam untuk qiam bersama. Tunggu imam dalam posisi tahiyyat dan imam akan juga bertahiyyat. Jika imam sedar dan segera duduk tahiyyat kembali, solat imam tidak batal. Namun dalam Mazhab As Syafie imam disunatkan sujud sahwi. Makmum wajib ikuti imam sujud sahwi dan diakhiri salam mengikut imam.
Nota:  Sekiranya setelah diperingati oleh makmum dalam perkara penambahan rukun (contohnya tertambah satu rakaat), imam hendaklah melakukan jabran (penampungan) dengan sujud sahwi diriwayatkan dari Ibn Mas’ud R.A bahawa Nabi S.A.W telah melakukan solat zuhur lima rakaat. Lalu dikatakan kepada baginda. Apakah ada penambahan dalam solat?” Jawab baginda, “Apakah yang kamu maksudkan itu?” Mereka berkata, “kamu telah bersolat (zohor) lima rakaat.” Lalu baginda S.A.W 2 kali sujud selepas baginda memberi salam.” (Hadith riwayat jamaah, Nailul Awtar, Jilid III)
2) Jika imam sedar beliau terlebih rakaat dalam posisi qiam dan meneruskan juga rakaat ke lima. Imam akan terbatal solatnya kerana menambah rukun dengan sengaja.
Dalam keadaan ini makmum:
     i) Andaikata terdapat makmum yang sedar rakaat terlebih dan ikuti juga imam yang sedar tadi, bermakna makmum terbatal solatnya.
     ii) Jika makmun juga lupa, makmum dibolehkan mufarakah dan terus segera duduk tahiyyat, akhiri solat dengan sujud sahwi sebelum salam.
     iii) Makmum tidak ikuti imam untuk bangun dan masih kekal diposisi tahiyyat, dibolehkan bermufarakah dan meneruskan tahiyyat dan diakhiri salam.
Nota: Hukum melakukan mufaraqah mengikut qaul mazhab syafie ia adalah harus samada ia hadir dengan keuzuran ataupun tanpa keuzuran dari pihak imam. Sembahyang makmum adalah sah sekiranya makmum melakukan mufaraqah kecuali pada rakaat pertama dalam solat jumaat, solat yang hendak diulangi oleh seseorang secara berjamaah dan solat yang dijamak taqdimkan. (Mughni al-muhtaj, jilid I dan juga Al-Muhazzab, jilid i)
3) Jika imam tidak sedar bahawa rakaat solatnya sudah melebihi. Beliau cuma sedar setelah rukuk kerana melihat ramai makmum yang masih di posisi tahiyyat melalui ekor mata beliau, imam wajib bersegera duduk tahiyyat, akhiri solat dengan bacaan tahiyyat, sujud sahwi dan salam. Jika imam teruskan juga solatnya, solat imam terbatal dan wajib diulangi. Tetapi makmum tidak tahu niat di hati imam, samada solat imam terbatal atau sebaliknya. Yang pasti ada imam meneruskan solat dan mengakhiri dengan sujud sahwi dan salam.
Bagi makmum pula dalam situasi ini:
     i) Andaikata makmum juga terlupa rakaat, bersegeralah duduk tahiyyat, baca tahiyyat dan tunggu imam sehingga lah bersujud syahwi dan salam bersama imam.
     ii) Makmum yang sedar, boleh menunggu imam diposisi tahiyyat. Seterusnya selesaikan solat bersama imam setelah sujud sahwi dan salam bersama.
     iii) Makmum yang masih diposisi tahiyyat, dibolehkan bermufarakah dan meneruskan tahiyyat dan diakhiri salam.
4) Jemaah muslimat biasanya akan berterabur kerana mereka tidak nampak dengan jelas perlakuan imam. Di sini, jemaah muslimat boleh mengambil tatacara troubleshooting nombor 1 hingga 3 diatas.
Situasi sebegini sepatutnya imam menerangkan semula hukum yang berkaitan troubleshooting tadi seusai sahaja solat. Ini penting bagi mengelakkan kekeliruan para makmum yang tidak memahami hukum.
Sekian.
Di Semak oleh:
Ustaz Ahmad Tarmizi Taha
Penasihat Pusat Talaqqi Batu Rakit.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book