🔴Soalan

Salam…sy sebenarnya takut utk bertanya sbb takut disalahertikan, tp disebabkan dah selalu sangat kena, jadi sy buat keputusan nak tanya juga kalau ada yg sudi bagi pencerahan…sy memang seorang yg percaya pd usaha dengan perubatan moden dan pada masa yg sama percaya dengan ikhtiar dengan cara lain juga..tapi bila sy utarakan pandangan yang contohnya patient ada penyakit kencing manis, doktor, ahli farmasi, dan nurse, dah sarankan utk ambk insulin tp patient tu menolak dahulu saranan pihak professional ini dengan alasan nak ikhtiar guna perubatan tradisional terlebih dahulu sebab kalau dh start cucuk insulin memang bergantung pd ubat seumur hidup…end up, kena marah dan selalu dikatakan “habis kalau xnak ikut kenapa pergi hospital jumpa doktor?” Soalan sy, adakah salah utk mencuba cara lain? Adakah perubatan moden merupakan satu2 nya jalan yg dipanggil ikhtiar? Adakah salah jika berjumpa pengamal perubatan moden utk mendapatkan pandangan ‘insight’ kpd penyakit tu tanpa mengikut saranan mereka sebab nk cuba yg less risk dulu?

Maaf kalau soalan sy ni dirasakan xperlu atau xrelevan atau xdisukai oleh mana2 pihak…sy mohon maaf sgt2, cuma insan yg ingin tahu…

◾◾◾◾◾◾◾

🔳 *Ulasan*

Jangan takut bertanya jika inginkan kepastian. Pepatah mengatakan jika malu bertanya sesat jalan. Sebab tu, sesi yang paling banyak diminati ramai adalah pertanyaan. Lihat kuliah Ustaz Azhar Idrus dan ramai lagi Ustaz tersohor. Taman Ilmu ni pun dibina untuk beri ruang kepada ahlinya bertanya kepada Syeikul Ustaz Ahmad Tarmizi.

Sebagai doktor perubatan moden, ulasan ini mungkin agak bias kerana penjurusan pengetahuan dan amalan saya hanya khusus dalam perubatan moden. Saya tidak terlibat dalam kaedah perubatan alternatif lain. Namun sudi sekiranya saya memberikan penjelasan asas umum dalam berubat dan kaedah berubat. Ianya boleh diguna pakai dalam semua kaedah perubatan samada moden atau alternatif. 

Pernah seorang pesakit mengemukakan pendapat kepada saya bahawa pengambilan ubat-ubatan hospital menolak konsep tawakkal kepada Allah.

Sekali imbas ada benarnya. Ditambah lagi bahawa proses tahnik bayi, susu ibu dan pemakanan sunnah seperti habbatussauda, ubatan herba, perubatan alternatif dan sebagainya itu sudah cukup untuk diambil bagi merawat penyakit. Telah dikisahkan banyak testimoni dari mulut ke mulut mahupun media sosial akan keajaiban ubatan tersebut. 

Saya hormati pegangan sedemikian. Bab pemakanan sunnah, saya pun muslim dan mengamalkan sunnah tanpa ingkar. Malah dalam setiap konsultasi pesakit, perkara awal yang disebut adalah Therapeutic Life Changes (TLC). Bersenam, menjaga pemakanan, kurangkan berat badan dan jauhi stres sudah menjadi isi dan kulit dalam nasihat kami secara kolektif. Disusuli dengan ubat atau prosedur, kemudian bertawakkallah.

Tawakkal itu tidak berdiri sendirian tanpa ikhtiar. Sebagai orang awam, kita tidak dikurniakan mukjizat, karamah atau irhasy. Sesuatu yang diluar dari lingkungan keistimewaan tersebut bagi orang awam adalah menyalahi adat.

Gambar hiasan Tali unta

Rasulullah SAW menegur secara bijaksana terhadap seorang badwi yang memahami konsep tawakal dengan hanya berserah sahaja kepada Allah SWT tanpa sebarang ikhtiar. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Anas bin Malik:

Suatu ketika seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah SAW sambil meninggalkan unta tungganganya, seraya berkata, “Aku lepaskan untaku dan aku bertawakal.”

Maka Nabi menjawab, “Ikatlah untamu dan bertawakallah kau.”

Ikat unta itu mestilah dengan tali sengkang unta yang kukuh, bukannya tali pelepah pisang! Tidak kuat dan senang putus. Sedangkan sebelum bertawakkal perlulah dijalankan ikhtiar sekukuhnya. Kaedah fekah menyebut, yang lemah/tidak kuat hujah/keraguan fakta itu terhapus setelah datangnya sesuatu yang lebih yakin/sahih.

Berikut adalah catatan menarik dari kawan² saya di media sosial. (Panjang sikit ulasannya)

Apabila berdepan dengan sesetengah pesakit, ayat biasa akan diucapkan “Tak Salah Jika Nak Cuba”. Dek kerana takut atau masih ragu dengan ubat doktor nak beri. 

1. Doktor pun terkejut
2. Mak saya kerja nurse, dia tahu lah
3. Yang menyembuhkan tu Allah s.w.t. Ini cuma asbab sahaja
4. Tak salah mencuba
5. Dah tak perlu makan ubat hospital lagi
6. Saya ade kenal sorg doktor pakar yang amal benda ni
7. Ada doktor yang berhenti kerja sebab jual benda ni
8. Doktor pun terus order sekali
9. La, doktor pakar pun tak tau. 😂

Banyak testimoni tentang penyakit kencing manis, darah tinggi dan kanser sembuh sebaik sahaja menggunakan produk tertentu.

Alhamdulillah, jika penyakit mereka benar-benar telah sembuh. Namun jika ia hanya rekaan atau salah faham, ia boleh menimbulkan ‘fitnah’ terhadap dunia perubatan dan menyebabkan ramai orang terpedaya.

Testimoni mereka biasanya hanya diletakkan nama singkat dan / atau gambar serta ayat-ayat magik bahawa penyakit mereka sembuh terus melalui ‘ikhtiar’ produk tertentu.

Malah, penggunaan ayat “doktor terkejut penyakit sembuh” sering menjadi pick-up line untuk memasarkan produk mereka.


Kami di #MedicalMythbustersMalaysia (NGO Kesihatan yang berusaha menjawab mitos perubatan masa kini) amat prihatin akan polemik yang semakin meruncing ini.


Kami dengan ini memohon agar mana-mana pihak yang benar-benar telah sembuh daripada diagnosis penyakit kencing manis / darah tinggi / kanser selepas menggunakan produk tertentu agar tampil dan memberi kebenaran kepada pihak kami untuk mendapatkan perincian berkaitan penyakit dan ikhtiar mereka.

Kami juga, sekiranya diberi kebenaran, akan cuba sedaya upaya melakukan perjumpaan bersemuka bagi mendapatkan informasi terperinci dan berdiskusi bagi mengesahkan sesuatu testimoni berkaitan isu ini.

Ada yang mahu tampil? Pembaca juga boleh cadangkan nama rakan, saudara atau kenalan yang menjaja testimoni diri mereka sebegini.

Fb/MedicalMythBustersMalaysia


Jika kaedah tu TIADA ASAS dan ‘karut’ (maaf sebut). Lebih baik tinggal perkara yg sia sia.


Hospital pun ikhtiar. Cuma ikhtiar berdasarkan kaedah yang paling hampir dengan keberkesanan, selamat dan berkualiti. Takdir sembuh, hidup dan mati atas Nya jua.

Benar dari satu sudut. Tetapi jika sesuatu ubat itu mengikut zhan yang kuat dari doktor pakar, wajib ambil, maka mengambilnya menjadi wajib demi menyelamatkan nyawa. Jika tidak ambil, mengikut ghalib pengalaman doktor pakar menyebabkan cacat atau kematian maka bahan haram pun diharuskan.


Biasanya Saya akan buat disclaimer perbualan: 

“Saya tak kisah makcik nak makan apa. Saya takkan cakap benda ni bagus atau tidak. Terpulang la. Badan sendiri tanggungjawab sendiri.”
“Tanggungjawab Saya untuk terangkan kalau tak makan ubat akan jadi bla bla bla…”
“Sekarang ni, kalau makcik nak makan ubat hospital, saya akan kasi. Kalau tak nak, tak payah nak habiskan budget kerajaan. Ubat dah mahal.” 

~Korang rasa frust tengok patient yang sekejap.~


“Aku frust menonggeng bila jaga patient dekat icu berhari hari masuk minggu. Aku off sedation (ubat bius) sebab patient dah nak baik. Family dia kata anak saya buka mata sebab dia bawa dan sapu air jampi.” Luahan sorang pakar bius. 


Wallahuklam. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePaksaan di Wad Bersalin 
Next article​Sheikh Qaradawi Kecam Penyembelihan Etnik Rohingya
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com