Timbul semula mesej satu jenis pokok yang menjadi punca kanser darah Leukemia. Mesej viral berbunyi sebegini:

Anak perempuan Besan saya (umur 31 thn) baru meninggal semalam sebab oleh leukimia. Arwah dpt leukimia ni semasa buat Master in botanical kat USM semasa mengkaji sejenis tumbuhan ni. Rakan se research beliau dah meninggal tahun lepas atas hidap penyakit yg sama. Arwah dpt bertahan hingga semalam. Memang telah disahkan oleh pihak USM dan pihak Kem Kesihatan yg punca mereka dpt leukimia tu adalah dari tumbuhan yg kedua2 pelajar Master ni buat research on …. Jadi ceriter pasal pokok yg D Hizzad sebut tu mungkin ada kebenarannye.

_Bole myebabkn cancer_

_Cina dh tau ttang bahya pokok ni..tpi dia share d surtkbar Cina aje. Yg melayu..rmai x tau..wat perhiasn pokok ni d rumh.._


_Perhatian. Jika anda ada tanaman ini dirumah, sila musnahkannya dengan membakarnya sebelum ia berbunga. Debuan pada bunganya menyebabkan kanser pada keluarga._

_Copy dan sebarkan.._


◾◾◾◾◾◾◾

*Ulasan Saya*

Pihak berwajib USM telah mengeluarkan kenyataan penafian atas pelajar master mereka mati semasa membuat kajian tumbuhan ini.[1] Sebaran maya isu ini bermula tahun 2010 lagi dalam versi bahasa inggeris.[2] Begitu juga dengan KKM tidak pernah mengesahkan kejadian seumpama ini. Dakwaan tanpa asas ini berlegar dalam media sosial sehingga menimbulkan ketakutan kepada penggemar tanaman bunga hiasan sekitar rumah mereka.

Pokok duit-duit atau nama sainsnya Zamioculcas zamiifolia hidup subur ditempat yang teduh dan lembab. Sejenis tumbuhan liar hutan hujan tropika nampak cantik jika diletak serumpun dalam pasu yang berlarik. Istimewa pokok duit-duit ini adalah boleh hidup tanpa siraman air berbulan lamanya. Pokok ini bertindak sebagai penulin udara persekekitaran rumah (Air purifier) sama dengan spesis yang sama seperti keladi (aracea). Ia mengandungi Calcium oxalate berfungsi untuk penulinan udara persekitaran. Kajian juga mengesahkan bahawa daun ini tidak beracun, malah sejarah mencatatkan China menjadikan daun ini sebagai ulaman mereka. 

Tidak ada satu kajian pun yang mengesahkan pokok ini boleh menyebabkan kanser darah (Leukemia).[3] Cuma, bagi sesetengah orang alergik dengan calsium oxalate, jadi tidak sesuai diletakkan dalam rumah sebagai penghias dalaman.

Sekian

Rujuk

[1] Penafian dalam berita Harian. http://www.bharian.com.my/node/106557/

[2] Spesies Zamioculcas zamiifolia. http://www.exoticrainforest.com/Zamioculcas%20zamiifolia%20pc.html

[3] Kenyataan dari Researchgate. https://www.researchgate.net/post/Zamioculcas_zamiifolia_Zanzibar_Gem_ZZ_plant_was_reported_to_be_toxic_Are_there_any_reliable_scientific_work_on_it

Dr Suhazeli Abdullah

fb.com/drsuhazeli

#drsuhazeli

6.12.16

Kuala Abang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleSyabas Pak Jamu 
Next articlePaksaan di Wad Bersalin 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com