Asam garam kehidupan anggota kesihatan yang mungkin tidak dinilai oleh orang kebanyakan. Nukilan Nur Nabiila Masfuzah ini membuka mata masyarakat. Bukan untuk diungkit tetapi untuk dicubit sedikit rasa kebersamaan. 

Kisah 1

Seorang Misi ini perlu terpaksa menghantar anak ke kampung kerana keengganan pengasuh untuk menjaga anaknya. Lebih-lebih lagi Misi ini perlu kerja shif malam dan suaminya pula berada di Bandar A (sebagai penjawat awam yang kadang-kadang perlu outstation). 

Satu hari anaknya mengalami diarrhea dengan poor oral intake. Ibu dan Ayah Misi ini call beliau untuk meminta pulang ke kampung bagi tujuan menjengah keadaan anaknya. Tetapi, permohonan pulangnya ditolak. Kerana kekurangan staff. Dalam diam; Misi itu menangis. Bagaimana beliau boleh tegar menjaga anak-anak orang lain yang bukan darah dagingnya, tetapi anaknya sendiri, perlu dibawa oleh datuk serta neneknya ke hospital dan dirawat oleh orang lain.

Memang, ada pihak akan mudah lepas tangan, anak kau, bukan anak aku. Tiada kena mengena dengan aku. Tapi ingat; doa insan teraniaya ni Allah akan kabulkan cepat atau lambat. Sebagai rakan-rakan, kami sepakat mengambil turn shif beliau bagi membenarkan beliau pulang ke kampung bagi melihat keadaan anaknya.

—-

Kisah 2

Misi ini mengetahui kandungannya adalah kandungan yang tidak berjanin. 2 kali appoinment menunjukkan hanya sac yang kelihatan. Maka tarikh D&C telah diberi kepadanya. Yang menyedihkan; ada yang mempertikaikan emosinya semasa menerima berita berkaitan kandungannya. 

Sebagai seorang manusia, macam mana positif pun kamu, kamu tetap akan merasa sedih jika ia berkaitan dengan hal anak. Beliau di’nasihati’ supaya tidak membawa emosi ke tempat kerja kemudian dibandingkan pula dengan tuan punya diri yang mampu melakukan kerja dengan emosi yang stabil dahulu kala walaupun pernah mengalami kejadian yang sama dahulu.  

Sedangkan Misi itu, masih lagi datang kerja seperti biasa; tidak MC sebelum tarikh admission ke wad malahan tidak melihat setitik air matanya menitis didepan sesiapa pun kecuali di depan suami dan anak-anaknya. Apa lagi yang insan itu mahukan?

—-

Kisah 3

Seorang doktor dengan kandungan yang sarat, berpeluh-peluh masuk ke dalam wad. Tergesa-gesa kerana terlewat melakukan round ekoran parkingnya telah diambil oleh individu yang tidak dikenali. Maka termengah-mengahlah doktor itu menapak menaiki kawasan hospital yang agak berbukit menuju ke wad.

 Esoknya terbaca komplen di dalam facebook: 

“Hospital XXX tiada hati perut, parking penuh sahaja. Buat apa ada parking hanya untuk staff? Bini aku terpaksa parking jauh terpaksa menapak untuk datang temujanji di hospital sedangkan dah mengandung 23 minggu. Kalau gugur, sapa nak jawab?”

Hibanya hati bila membaca komplen seperti ini. Apa Misi dan Doktor serta lain-lain jawatan tidak hamil? Apa kebal sudah rahim kami dan kuat sudah kaki kami untuk menapak setiap hari?

—–

Sebenarnya banyak kisah yang pernah dilalui oleh pekerja kesihatan. Sayasendiri semasa sedang sarat hamil, pernah disergah oleh seseorang hanya kerana lambat mengalihkan kereta. Tersadung kaki dan jatuh kerana mengejar masa, bimbang orang menunggu kita terlalu lama. Tetapi, 10 minit yang termampu kita sampai, dibalas dengan maki dan hamun.

“Jalan tu cepat sikit boleh, terhegeh-hegeh jalan. Ke kau merangkak?. Bertahun aku tunggu kau! ” Ya, ia datang dari mulut seorang yang beruniform putih juga. Waktu itu baru jam 2.15pm.!

—–

Kenapa yang pernah menjadi orang bawahan seperti kita, tidak pernah menoleh ke belakang bila sudah di depan?

Kenapa apabila memegang tittle tertentu, seolah-olah lupa dengan najis yang pernah juga kamu cuci?

Memang, saya tidak memperkatakan tentang semua, tepuk dada tanya selera.

Bukan tak pernah jumpa yang jenis bertimbang rasa, malahan hak sama rata turut sama dirasa.

—–

Kenapa juga sebagai seorang manusia, tidak mampu untuk melihat susah payah pekerja kesihatan seperti kami malahan terlampau manja sehingga susah sedikit pun tidak mahu?

Mengapa hanya mahu semua perkara menjadi mudah sedangkan kami cuba sedaya upaya untuk menyenangkan keadaan?

Berapa banyak yang telah diubah bagi memenuhi kehendak pelanggan kesihatan; berapa banyak juga yang belajar menghargai?

Memang; tak suka boleh blah,

Tetapi kami bukan tak suka, kami lelah.

Lelah dengan sikap suka memberi gred terhadap perkhidmatan kami,

Lelah juga dengan sikap serba tahu semua orang.

Lihat sahajalah beberapa isu kebelakangan ini.

Betapa ramai yang rasa mampu mengubati diri sendiri dengan cara tersendiri.

Notakaki;

Betapa Misi dan Doktor yang dibangang abadikan seperti kami ini, tetap gigih merawat tak kira masa dan saat.

Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah
#SayaJururawat

#Medical_Mythbusters_Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...