SELAMAT HARI ORANG KURANG UPAYA SEDUNIA!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan | Pegawai Perubatan Rehabilitasi

Dianggarkan 10% daripada populasi dunia adalah orang kurang upaya dan dijangkakan peratusan ini bakal meningkat, sejajar dengan perkembangan bidang perubatan.
Apabila bidang perubatan berkembang, lebih ramai pesakit yang dapat diselamatkan dan purata jangka hayat populasi meningkat. Namun begitu, tidak semua pesakit yang berjaya diselamatkan pulih seperti sediakala. Ada dikalangan mereka yang terpaksa meneruskan kehidupan sebagai OKU.
Menyedari hal ini, pada tahun 1992, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan 3 Disember sebagai Hari Orang Kurang Upaya Sedunia.
Ia sebahagian daripada inisiatif untuk menyebarkan kesedaran tentang kewujudan OKU dalam masyarakat dan mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif(mesra OKU).
Malaysia diunjurkan akan menjadi Negara Tua menjelang 2030. Sesebuah negara akan dianggap negara tua jika 15% daripada populasinya berumur lebih 60 tahun. Seperti yang anda tahu, ramai warga emas memiliki kekurangan upaya.
Malaysia perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Jadi, marilah bersama berusaha melahirkan masyarakat inklusif! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleSelagi Terdaya….. 
Next articleBagaimana Tangguhkan Kitaran Haid
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com