Imam Al Bukhori meriwayatkan
كَانَ يَنْهَى عَنْ قِيلَ وَقَالَ

Adalah nabi SAW menegahkan dari memindahkan ucapan seseorang kepada pihak lain .

Menurut para ulamak maksud larangan di atas ialah amalan menyebarkan ucapan orang lain kepada umum tanpa membuat kepastian kebenaran ucapan  tersebut atau tanpa mendapat keizinan dari yang berucap adalah perbuatan terlarang.
Perbuatan tersebut juga menyebabkan mudah termasuk dalam membicarakan perkara yang tiada kaitan dengannya yang menjadi tanda pegang agamanya tidak elok.
Pada hari ini budaya forward mesej tanpa mempedulikan isi kandungan sama ada betul atau salah berleluasa dalam kalangan segelintir manusia.
Antara faktor ketagih forward mesej tanpa batasan ialah:

1-Memberi maklumat kepada sahabat handai.

2-Bersungguh-sungguh memaklumkan info terkini. 

3-Suka-suka. 

4-Menganggap perbuatan forward tiada kaitan dosa pahala.

Menjadi kewajipan kepada yang mampu membetulkan kesalahan yang dilakukan didepan matanya supaya ianya tidak tersebar luas. 

Sanggupkah orang forward itu menerima teguran tersebut?

Semoga Allah jauhi amalan yang tidak sihat ini dari hidup.Aamiin.
Sumber: Ustaz Ahmad Tarmizi Taha Pensyarah UniSZA 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleIsu Vaksin: Jawapan Kepada Artis Suhaimi Saad
Next articleJus Timun, Lemon, Saleri dan Halia Sebagai Ubat Gout? 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com