25 November 2016

KENYATAAN AKHBAR

1PENJELASAN BERHUBUNG ISU HALANGAN TERHADAP PETUGAS PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM DI BUKIT RAHMAN PUTRA, SUNGAI BULOH
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas maklumbalas positif yang diterima daripada masyarakat berhubung isu anggota penguatkuasa MBSA yang telah dihalang daripada melakukan tugasan.

Untuk makluman,   insiden ini berlaku di kawasan letak kenderaan di Jalan BRP 6/11,  Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh apabila seorang anggota penguatkuasa MBSA yang sedang menjalankan pemeriksaaan ke atas kenderaan yang diletakkan di kawasan letak kenderaan di lokasi berkenaan telah mengeluarkan kompaun kepada salah sebuah kenderaan yang disyaki gagal mempamerkan kupon meletak kenderaan.

Semasa proses untuk menguatkuasa tindakan tersebut anggota penguatkuasa berkenaan telah dihalang dan dikasari secara fizikal daripada melaksanakan tindakan penguatkuasaan sebagai penjawat awam.   Anggota penguatkuasa yang telah dihalang daripada melakukan tugasan ini telah membuat laporan polis berhubung insiden ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.

Rentetan daripada isu ini,  pihak Majlis sedang menimbang untuk mengambil tindakan ke atas pelaku berkenaan berdasarkan kepada lunas Undang-Undang sedia ada kerana perlakuan seperti ini ternyata mengganggu dan menghalang tugas-tugas seorang penjawat awam.

Insiden ini juga merupakan sebahagian daripada cabaran penjawat awam semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab,  namun perkara ini tidak akan melemahkan komitmen dan semangat warga kerja MBSA untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaliknya menjadikan warga MBSA lebih tabah, berdedikasi dan cekap semasa menjalankan tugasan.

Kerajaan Negeri Selangor amat memandang serius tentang isu ini dan  menegaskan bahawa perlakuan kedua-dua pelaku tersebut telah mendatangkan impak besar kepada penjawat-penjawat yang terpaksa menghadapi pelbagai rintangan di balapan tugasan harian. Dengan ini, saya ingin mengutuk perlakuan sebegini dan Kerajaan akan mengambil pendirian yang tegas bagi menghadapkan sesiapa yang bersalah ke muka pengadilan.

Selain itu,  Kerajaan Negeri juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)  kerana dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan kadar yang segera.

Pihak MBSA merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sentiasa mengamalkan dan berpegang teguh kepada konsep integriti, amanah dan telus serta sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan efisyen kepada orang ramai.  Justeru itu, Kerajaan Negeri bersedia  memberikan sokongan padu kepada MBSA untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

Sekian,  Terima Kasih.

Dikeluarkan oleh :

Yang Berhormat Tuan Ean Yong Hian Wah

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram Dan Pembangunan Kampung Baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleIsu Blockade Orang Asli di Gua Musang
Next articleDewasa Sebelum Usianya 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com