It & Teknologi

Ruangan komen Amanz sering dihujani perang di antara peminat iPhone dan peranti Android. Komen yang menyokong iPhone, Apple dan iOS akan menerima paling banyak reaksi  negatif walaupun ia dipenuhi fakta yang benar. Kajian yang dilakukan diUniversiti Lincoln dan Lancaster United Kingdom menujukan terdapat perbezaan ketara di antara pengguna iPhone dan Android. Pengguna iPhone didapati lebih angkuh, tidak jujur dan beremosi berbanding pengguna Android.

Kajiselidik selama dua tahun dilakukan ke atas 530 peserta. Golongan wanita dan orang muda didapati lebih menggemari iPhone kerana ia adalah peranti yang menunjukkan status mereka di dalam masyarakat. Pengguna Android pula didapati lebih berusia, jujur, tidak mementingkan kemewahan serta status dan kurang cenderung melanggar undang-undang.

Hasil kajian ini telah diterbitkan di dalam journal Cyberpsychology, Behavior and Social Networking. Adakah anda bersetuju dengan keputusan kajian ini? Kongsikan pendapat anda di bawah. – AMANZ

Sumber Rujukan: Cnet

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleAir Mata Rohingya 
Next articleMakan Buah Semasa Perut Kosong
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com