Mesej yang disebarkan:

 

1. Bahwa *ikan* yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus AS itu ternyata masih hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. hal ini sdh dijelaskan dalam al-Qur’an: andai Yunus itu tidak beristighfar, tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..

Tahukah anda?
2. bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia dilihatkan perjalanan hidupnya mulai dr lahir sampai mati, karena itu, terkadang ketika kita berkunjung ke beberapa tempat yang baru, tp seolah tempat tersebut sudah tidak asing bagi kita.

Tahukah anda?
3. di saat bersin, seluruh anggota tubuh kita berhenti berfungsi, seolah mati, ini terjadi dalam hitungan detik, setelah itu berfungsi normal kembali, inilah kenapa dalam islam di *sunnahkan membaca alhamdulillah* setelah bersin, sebagai ungkapan syukur atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah anda?
4. menguap itu bukan tanda bahwa kita mengantuk, tapi itu adalah *pertanda bahwa tubuh kita butuh tambahan oksigen*

Tahukah anda?
5. bahwa memakan kurma dalam *jumlah genap* itu akan menghasilkan *gula darah*, karena itu Rasulullah menganjurkan kita untuk memakannya dalam *jumlah ganjil*, agar berubah menjadi *karbohidrat*.

Tahukah anda?
6. bahwa tepat setelah dikumandangkannya azan itu adalah *waktu yang mustajab untuk berdoa*.

Tahukah anda?
7. di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita shalat?
Nabi Muhammad saw bersabda: “sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan shalat, dia membawa serta semua dosa-dosanya, kemudian dosa-dosa itu *di taruh di atas kepala dan kedua pundaknya*, maka ketika tiap kali ia ruku’ atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa tersebut”.
wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam shalatnya, tenanglah… dan *tahanlah lebih lama ruku’ dan sujudmu*, agar lebih banyak lagi berguguran dosa-dosamu.

Tahukah anda?
8. diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal, maka tiap kali penduduk desa ziarah kubur, mereka mencium harumnya mawar dr dalam kubur, kemudian suaminya menjelaskan, bahwa istrinya itu semasa hidup selalu membaca surah al-mulk, setiap mau tidur..
sesungguhnya *surat al-mulk itu menyelamatkan dari siksa kubur*.

Tahukah anda?
9. ketika kita *membaca ayat kursi tiap usai shalat*, maka tidak ada penghalang antara kita dan surga kecuali maut.

Tahukah anda?
10. bahwa para malaikat mendoakan kita ketika usai shalat, karena itu *jangan terburu untuk beranjak dari posisi duduk shalat kita*.

*_semoga  bermanfaat manfaat_*

_Aamiin Allahumma aamiin_

◽◽◽◽◽◽◽◽◽◽◽

*JAWAPAN*

1. Ikan paus yang telan Nabi Yunus AS masih hidup?

~Tiada disebut dalam mana-mana hadis atau Al Quran mengenai riwayat ikan paus tersebut. Cuma Al Quran mengesahkan setiap yang bernyawa pasti mati. Ayat berkaitan Nabi Yunus tersebut menerangkan Jika Nabi Yunus tidak termasuk dalam kalangan org yang bertasbih nescaya baginda mati dalam perut ikan dan kekal dalam perut ikan tersebut sampai kiamat. Ikan mati dan dia pun mati. Hukum alam diterima pakai bahawa semuanya mati. Bahkan Nabi Allah Yunus yang mulia itupun wafat, apatah lagi ikan paus yang menelan baginda, berkhidmat hanya seketika tersebut.

2. Janin dilihatkan perjalanan hidup hingga mati?
~Hal urusan berkaitan alam rahim, nasib rezeki, jodoh dan kematian adalah urusan yang ditentukan oleh Allah. Tetapi tiada pula hadis yang menceritakan hal sedemikian.

3. Sistem badan akan berhenti semasa bersin?
~Tidak akan berlaku sedemikian. Jika sistem badan berhenti bermakna kita mati. Sistem badan kita berjalan seperti biasa. Terdapat kajian menyatakan rentak jantung akan berubah semasa bersin akibat dari darah seketika ke jantung semasa bersin berkurangan. Tetapi bukannya mati.[1] Sebut Alhamdulillah dan doa adalah ikuti sunnah Rasulullah. Tiada kaitan kita mati dihidupkan kembali.

4. Menguap petanda perlukan oksigen?

~Terdapat teori awal sebelum ini mengaitkan menguap akibat kurang oksigen, tetapi kajian telah dilakukan menyangkal teori tersebut.[2] Menguap sememangnya petanda kita bosan atau letih. Bahasa badan yang ditunjukkan itu cukup jelas untuk kita rehatkan diri.

5. Makan kurma dalam jumlah genap menaikkan gula dalam darah.

~ Gula yang terdapat dalam buah kurma adalah gula ringkas (sukrosa). Senang hadam dan diserap awal sehingga sekitar 45 – 60 minit pertama. Ini membantu memberi tenaga melalui pembekalan gula dalam darah dengan cepat.[3] Genap atau ganjil bukan menjamin samada bertukar menjadi “karbohidrat” atau tidak. Karbohodrat juga jangan disalahertikan tidak bertukar menjadi gula ringkas. Kerana karbohidrat itu sendiri adalah gabungan dari gula kompleks yang akan terurai menjadi gula darah apabila dicernakan. Nasihat yang sepatutnya adalah jumlah yang diambil. Bersederhanalah dalam mengambilnya. Kiraan genap ganjil tidak signifikan kecuali kiraan ganjil itu adalah kerana ittiba (ikut saranan) yang Rasulullah sebut. Sunnah Rasulullah suka kiraan yang ganjil. 7 biji tamar lebih banyak kandungan gula berbanding dengan 6 biji. Itu sahaja. Semoga beroleh pahala mengikuti sunnah.

6. Saat mustajab doa selepas azan

~ Benar. Antara beberapa waktu tertentu yang dikategorikan oleh ulama saat mustajab doa, antaranya selepas azan, natara azan dan iqomah, 2/3 akhir malam, hari jumaat dan beberpa tempat lagi.

7. di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita shalat?

~ Benar. Hadis riwayat At-Tabrani

Isu 8, 9, 10 terdapat beberapa hadis yang menyarankannya. Teruskan.

Rujuk
[1] Bersin penyebab rentak jantung. http://uamshealth.com/healthlibrary2/medicalmyths/heartmyth/
[2] Teori Menguap. http://www.askdoctork.com/does-my-frequent-yawning-mean-my-brain-isnt-getting-enough-oxygen-201305134813

[3] Glycaemic Index. http://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/glycemic_index_and_glycemic_load_for_100_foods

Dr Suhazeli Abdullah

fb.com/drsuhazeli

more articles….www.suhazeli.com

26.11.2016

Menara Telekom UM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleLiku-liku Perjalanan Hukum Syariah 
Next articleAL-JAZEERA DOCUMENTARY – “MALAYSIA: BABIES FOR SALE”
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com