Perubatan berasaskan bukti (Evidence Based Medicine)

Islam sinonim dengan sains. Segala arahan dan larangan dalam Islam memang bertepatan dengan penemuan saintifik. Ajaran Islam yang telah dibawa oleh Rasulullah lebih dari 1400 tahun lalu adalah ajaran yang mempunyai unsur saintifik. Samada ianya telah dibuktikan atau sebaliknya. Mungkin ada beberapa fakta dalam Islam yang masih belum dibuktikan. Ini tidak bermakna Islam bertentangan dengan sains, tetapi kemampuan akal para saintis yang mengkaji belum lagi tidak tercapai. Sebagai contohnya para ulama yang mentafsir ayat 38-40 dalam surah Yasin sebelum ini tidak dapat membukti bahawa bulan, bintang dan matahari bergerak pada paksinya yang tersendiri. Akhirnya penemuan saintis yang mengkaji cakerawala membuktikan bahawa bulan, bintang dan matahari bergerak di atas paksinya yang tersendiri. Kemampuan akal manusia terbatas berbanding dengan kalamullah yang Maha Luas.
Begitu juga para penafsir
sebelum ini tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenai sesuatu yang tergantung dalam proses kejadian manusia.

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.


Begitu juga penegasan Allah dlm surah Al-haj ayat 5:


5. Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), Maka (ketahuilah) Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya Dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. dan kamu Lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

Penemuan terbaru sains telah membuktikan firman Allah Taala di atas tadi. Dengan peralatan yang masa kini seperti ultrasound, saintis perubatan mengesahkan peringkat-peringkat kejadian manusia tersebut. Sememangnya kejadian manusia bermula dari sesuatu yang tergantung yang dinamakan Alaqah, dan tergumpal sebentuk daging (Mudghah).
Perkembangan bidang perubatan ini membuktikan kesamaan antara Islam dan sains. Walau apapun dakwaan sesetengah pihak bahawa perubatan sains moden tidak berlandaskan Perubatan Islam. Malah mereka mendakwa bahawa perubatan Islam adalah perubatan yang hanya semata-mata menggunakan bacaan-bacaan tertentu Al quran atau hadis-hadis khusus. Dr Ahmed Alkadi dalam tulisannya mengtakrifkan perubatan Islam seperti berikut.

  1. Ia adalah terbaik dan menjadi peneraju kepada semua kaedah perubatan yang ada.
  2. Ia adalah perubatan yang seiringan dengan etika yang benar lagi luhur.
  3. Ia adalah perubatan yang berasaskan bukti (evidence based medicine), bukannya dakwaan testimoni.
  4. Ia adalah lengkap, memberi rawatan sepenuhnya kepada tubuh badan, jiwa, samada individu mahupun masyarakat.
  5. Ia adalah universal (menyeluruh), mengambil manfaat dari pelbagai sumber dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua makhluk.
  6. Ia adalah saintifik dan menepati kaedah syariat.

Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa perubatan berasaskan bukti adalah perubatan Islam. Sesuatu yang boleh dibuktikan melalui kajian adalah sains dan ianya juga adalah Islam.

Walaubagaimanapun sebagai pengamal perubatan muslim tidak boleh lari dari pergantungan kita kepada konsep sebab akibat dalam Islam. Konsep ini telah menjangkaui batasan sains tapi ianya adalah sumber hukum yang sahih dari lidah Nabi SAW. Konsep sebab akibat ini terdiri dari dua, iaitu

  1. Sebab syarak atau sebab Naqli.
  2. Sebab Aqli atau bukti akal melalui kajian.


Sebagai contohnya sebab syarak dalam berubat sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitabnya Sahihnya, hadis dari Uthman bin Abil ‘Ash r.a.:

Hadis di atas adalah ketentuan syarak yang wajib kita percayai. Ianya salah satu cadangan dari Rasulullah mengenai tatacara berubat kesakitan badan. Ianya bukan arahan wajib dan berbentuk ikhtiar doa yang boleh diamalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Dalam masa yang sama kita dikehendaki berikhtiar mendapatkan ubat yang telah terbukti kemujarabannya.
Menggabungkan kaedah perubatan melalui doa yang Rasulullah ajar dan ubatan adalah kaedah terbaik bagi seorang insan.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleAir Ikan Haruan Yang Mengundang Padah
Next articleMencari barakah semasa Majlis Kenduri Kahwin
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com