Oleh: Psuedoscience Watch. [https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1453990574611882&id=1084310118246598]

Lihat dan dengar video:

Kami ingin memperbetulkan apa yang Ustaz Auni perkatakan menerusi Videonya yg sedang viral.

Takpe Ustaz. Kalau tak tahu boleh belajar dgn guru. Ulama kata jgn belajar sorang-sorang. Nanti yg akan menjadi gurunya adalah syaitan yg membawa kpd kesesatan sama seperti dalam video ustaz ini.

Kami ingin memberi dalam bentuk point agar Ustaz serta kuncu2nya yg sesat senang hadam akan perkara ini

1) Ubatan moden hanya menahan sakit tidak menyembuhkan

Ini satu salah faham mungkin disebabkan ustaz tidak mempelajari secara mendalam berkenaan dengan perubatan. Untuk pengetahuan semua kita ada pelbagai jenis ubat-ubatan sbg contoh:

– Antibiotik-
fungsinya untuk membunuh bakteria. Yang ini bukan ubat tahan sakit ye. Setelah kehadiran ubat, ramai daripada askar US tidak menghadapi jangkitan kuman pada tempat luka. Ini mengurangkan kadar kematian sebab jankitan kuman pada luka ketika berperang. Bukan itu sahaja, ia juga telah membantu dalam melawan jenis bakteria di atas muka bumi ini.

– Anti-viral-
Fungsinya untuk membunuh virus. Berapa ramai yang telah selamat apabila antiviral ini diberi ketika menghadapi jangkitan virus yang merbahaya. Sebagai contoh jangkitan selaput otak yang boleh disebabkan virus Herpes boleh dirawat dgn memberikan ubat Acyclovir. Ubat ini bukan menahan tapi merawat.

– Anti Emetic-
yang ubat memang jenis tahan muntah. Ia tidak merawat penyebab muntah. Tetapi dapat mengurangkan muntah yang boleh berakhir dengan dehydration. Kalau muntah itu disebabkan virus, maka kita bagi ubat ini untuk tahan muntah dan badan akan melawan sendiri virus tersebut. Tetapi jika disebabkan jangkitan kuman pada otak, pendarahan otak dan lain-lain mungkin intervensi yang lain perlu diberikan

– Painkiller –
ubat ini untuk tahan sakit. Memang ubat ini tidak menyembuhkan. Tetapi membantu dalam mengurangkan simptom sakit. Sbg contoh kalau patah tulang, takkan lah ubat tahan sakit tidak diberikan. Lagipun kalau nak pembedahan nanti, for sure lah kena pakai ubat tahan sakit. Mau tak menjeritnya kalau ubat tahan tak bagi

– Ubat kencing manis –
Ubat ini bukan untuk menyembuhkan kencing manis. Tetapi mampu mengawal kawalan gula di dalam badan. Mungkin orang kata ubat inilah yang akan merosakkan organ-organ badan. Jawapannya tidak. Yang merosakkan organ adalah gula yang tinggi di dalam darah hingga membuatkan buah pinggang rosak. Sebab tu kalau gula dalam darah tinggi, ia dapat di kesan dalam air kencing. Ia menjadi beban kepada buah pinggang dan akhirnya rosak. Kita bagi ubat nak kawal komplikasi. Lagipun kalau pancreas dah rosak, kita bukan boleh ubatkan ia dgn makan ubat. Ini kena belajar anatomy dan fisiologi pulak

– Dan pelbagai ubat lagi yang diberikan dgn pelbagai indikasi. Kita bukan bagi ubat untuk tahan sakit semata-mata ya. Ada objektif yang besar bersandarkan Qawaid Fiqiyyah

2) Ganja adalah ubatan yang dikatakan dalam hadith nabi?

Pernyataan yang mengatakan susu dan madu itu sebagai ubat seperti yang tertera dalam hadith nabi adalah sesuatu yang boleh diterima pakai. Tetapi Ganja tidak dikatakan oleh Nabi SAW. Perbuatan Ustaz dalam menisbatkan ganja dgn mengatakan ia perubatan yang termaktub dalam hadith nabi adalah sesuatu dosa yang besar.

Mohon ustaz bertaubat

3) Yahudi tanam secara besar-besaran ganja adalah bukti penyembuhan ganja

Kami faham Ustaz bukanlah ahli dalam bidang perubatan ini. Kenyataan sebegitu hanyalah kenyataan dangkal. Yahudi tanam secara besar-besaran bukanlah bukti bahawa ganja berkesan dalam melawan sesuatu penyakit. Malah Allah pernah berfirman

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah merasa puas/ridha kepada kalian sampai kalian mau mengikuti ajaran agama mereka.” (QS. al-Baqarah [2]: 120).

Ini adalah bukti bahawa Yahudi dan nasrani akan sedaya upaya mengajak cara hidup mereka dalam apa jua cara pun. Kita lihat bagaimana negara eropah dirosakkan dengan dadah. Malah mereka menukarkan dadah dengan ganja. Mereka membenarkan orang2 mereka lalok dengan ganja pula. Tiada beza. Kedua-duanya masih haram jika diambil bertujuan untuk khayal

4) Ganja sebagai penyembuh yang kuat

Mungkin ini lebih kepada kurangnya ilmu yang Ustaz Auni hadapi. Telah banyak journal yang boleh dibaca dalam laman web yang menyimpan kajian berkenaan ganja.

Kesemuanya menunjukkan ganja ini lebih kurang kepada ubat tahan sakit dan kurangkan kesan sampingan kemoterapi. Tak lebih drpd itu. Kajian yang menunjukkan ia boleh membunuh kanser hanyalah kajian di dalam makmal yang tidak terbukti lagi boleh membunuh kanser secara klinikal.

Kami berharap Ustaz Auni tidak menjadi mind control kejahilan yang sedang berlaku di akhir zaman ini.

Dengan mengatakan Yahudi menyimpan pelbagai ubat untuk menahan kematian itu juga seolah-olah akan membuatkan orang takut akan besarnya kekuasaan dajjal dan yahudi.

Drpd buat ceramah mcm ni, lebih baik suruh umat islam belajar kimia, biology, fizik dan sebagainya. Sbb ceramah2 seperti ini tidaklah menaikka mutu umat islam itu malah menjadikan mereka ketakutan dan kebelakang.

Akhir sekali, nasihat kami jgn jadi mangsa mind control kejahilan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleBerita Baik Ketum Ubat Kanser oleh Institut Pencegahan Kanser Negara? 
Next articleDoktor dan Nurse Percaya Kajian Kafir? SN Nabiila Jawab
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com