Mesej viral yang disebarkan:
Nak share article ni sbb amat practical and sgt2 dekat dgn kita dan keluarga tersayang.
*BACA SAMPAI HABIS*
Apa itu Alzeimer?
“CERITA DARI TEMAN”
Aku dah berusia ,di usia seperti aku ini,
pasti banyak menanggung sakit/penyakit,
tapi yang paling merisaukan aku adalah terkena penyakit Alzeimer (kehilangan ingatan)
Bukan saja tidak boleh menguruskan diri, tetapi menyusahkan anak2 dan sanak keluarga.
Suatu hari, anakku pulang kerumah, memberitahu aku bahwa kwn dia seorang doktor,
mengajarkan satu cara gerakan SENAMAN LIDAH, bukan sekadar boleh mencegah Alzeimer,
tetapi juga boleh menurunkan:
o Berat badan
o hypertensi
o penyumbatan pembuluh barah otak
o asthma
o rabun jauh
o telinga berdengung
o infeksi tengorok
o infeksi bahu
o insomia (susah tidur)
o dan lain2
Gerakannya sangat mudah.
Setiap pagi selepas membasuh muka,
1. JULURKAN LIDAH dan MENARIK KEMBALI sebanyak 10X,
Seterusnya
2. JULURKAN LIDAH
lalu digerakan ke kanan dan kiri sebanyak 10X,
Sejak itu aku melakukan senaman lidah ini setiap hari berterusan utk melihat hasilnya.
Hasil dari Rawatan gerakan Senaman Lidah ini telah menghasilkan :
o Otak menjadi lebih pintar dan cergas
o rabun jauh semakin kurang
o kepala tidak pening lagi
o masalah penghadaman semakin baik
o Mudah penat dan lain2 penyakit yang selama ini yg ku hidapi semakin berkurangan
o badan menjadi lebih cergas
catatan redaksi :
Senaman Lidah mencegah penyakit Alzeimer ada asasnya.
Dari kajian Ilmu Kedoktoran, saraf lidah ini ada hubung kait dengan Otak Besar.
Apabila badan kita menjadi tua dan lemah, tanda2 yg muncul terlebih dahulu adalah lidah menjadi kaku dan kadang2 lidah suka tergigit sendiri.
Oleh itu amalkanlah menggerakkan lidah dengan Senaman Lidah ini akan menstimulasikan
(memberi kejutan positive) Otak Besar kita, mencegah Otak kita mengecil, dan mencapai tujuan utk menyihatkan tubuh kita.
Semoga semua teman2 istiqomah dengan amalan yg mudah utk kita melakukannya setiap hari.
Senaman Lidah ketepatan hasilnya 95% – 100%
Alangkah bahagianya kita dapat berkongsi dgn ramai kenalan kita.
“Mungkin Ada Yg Memerlukannya”
SEMOGA BERMANFAAT
( Sumber dr biro Sukarelawan Hospital Ampang)
Sebab itulah bg ahli Aura Metafizik kita disarankan dan digalakkan memperbanyakkn membaca AlQuran dgn makhraj dan tajwid yg betul
kerana lidah kita akn bergerak dan meghidupkn saraf2 halus yg berhubung dgn otak besar.
Muga bermanfaat bg semua.
InshaaAllah
Wallahualam
سبحان الله ..
Kita tengok siapa yang sedang mempraktik lidah dia sekarang… ???
?????????
*JAWAPAN*
Sekali tengok senaman lidah ini memalukan jika dilakukan dalam khalyak ramai. Tambahan pula amalan dilakukan sebaik sahaja membaca mesej viral seperti di atas. Suatu senaman ayng tiada asas dalam perubatan, cuma ia pernah dikemukakan sebagai teori bagi mencegah nyanyuk dikalangan orang China. Senaman tradisional China ini dijalankan di salah sebuah pusat akademi orang tua oleh Professor Gao Pu. Tetapi ia tidak pernah dibuktikan keberkesanannya.[1] Jauh sekali pembuktian boleh mengurangkan berat badan, hipertensi, penyumbatan pembuluh barah otak, asma dan sebagainya.
Penyakit Alzeimer sejenis penyakit otak yang menyebabkan seseorang itu mudah lupa dan nyanyuk. Biasanya dikaitkan dengan proses penuaan seseorang. Risiko diserang penyakit alziemer ini 5% pada umur 65 tahun, dan 30% – 50% apabila usia melebih 85 tahun.[2] Tanda pertama seseorang itu mengalami penyakit alziemer adalah tidak dapat menyebut suatu perkataan yang selalu dihafalnya sejak dari muda. Fenomena ini disebut tip-of-the-tongue.[3]
Oleh yang demikian terdapat teori cuba mengaitkan bahawa pergerakan lidah atau pengaktifan saraf lidah membantu mengurangkan penyakit-penyakit otak. Satu kajian yang sedang dijalankan oleh Helius Medical Technologies dengan membuat satu alat bagi mengaktifkan saraf lidah.[4] Dengan harapan bahawa alat canggih ini akan mengurangkan dan merawat penyakit-penyakit otak seperti alziemer. Kajian ini masih dalam fasa pertama dan belum dibuktikan secara jelas.
Dalam kes senaman lidah ini, boleh lah anda menciba selagi tidak memudaratkan atau mengaibkan diri. Cuma risau juga anak cucu akan kata, “atuk dah buang tebiat ke”?
Rujuk
[1] Senaman Lidah Prof Gao Pu. http://e.uuuwell.com/article-1418470-1.html
[2] Alzeimer. http://www.jci.org/articles/view/77487
[3] tip-of-the-tongue phenomenon. http://www.encyclopedia.com/psychology/encyclopedias-almanacs-transcripts-and-maps/tip-tongue-phenomenon
[4] Helius Medical Technologies. http://www.forbes.com/sites/nicolefisher/2015/11/02/is-your-tongue-the-key-to-a-neuroscience-breakthrough/#7dd865857239
Dr Suhazeli Abdullah
#DrSuhazeli
fb.com/drsuhazeli