Thursday, April 25, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Dashboard Kereta Penyebab Kanser

Mitos yang disebarkan:

??C A U T I O N??

? ? ? ? ?

? Ini msg dari Dr Syed Badar Husain, pakar neurologi terkenal di Atlanta:

Plz circulate?

?Kepada Setiap pengguna Penghawa dingin Kereta, Sekarang perkara ini adalah sangat menarik & MESTI DIBACA, kerana ia adalah untuk KESIHATAN! … Manual kereta berkata turunkan tingkap untuk membiarkan semua udara panas sebelum menghidupkan AC. MENGAPA?

Tidak hairanlah lebih ramai orang yang mati akibat kanser berbanding sebelum ini. Kita tertanya-tanya dari mana unsur-unsur ini datang, di sini adalah satu contoh yang menjelaskan insiden penyebab kanser.

orang ?ramai berada di dalam kereta mereka  pada awal waktu pagi, dan lewat waktu malam, 7 hari seminggu.

JANGAN menghidupkan A / C sebaik sahaja anda memasuki kereta.

?Buka tingkap kereta terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan kemudian selepas beberapa minit, baru hidupkan AC.

Inilah sebab nya: Menurut kajian, dashboard kereta, kerusi, saluran a/c, sebenarnya SEMUA objek plastik di dalam kenderaan anda membebaskan Benzene, toksin penyebab Kanser. Karsinogen BESAR. Ambil masa untuk memerhatikan bau plastik dipanaskan di dalam kereta anda apabila anda membukanya, dan SEBELUM anda menghidupkannya.

?Selain menyebabkan kanser, Benzene meracun tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan Leukemia dan meningkatkan risiko beberapa jenis kanser. Ia juga boleh menyebabkan keguguran pada wanita hamil.

?Tahap Benzene yang boleh “diterima” dalam rumah ialah: 50mg setiap kaki persegi

Sebuah kereta yang diletakkan di dalam rumah, dengan tingkap-tingkap ditutup, akan mengandungi 400-800 mg Benzene – 8 kali dari tahap yang dibenarkan.

?Jika diletakkan di luar rumah di bawah matahari, pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene akan naik ke 2000-4000 mg, 40 kali dari tahap yang dibenarkan.

?Orang yang masuk ke dalam kereta, dengan tingkap tertutup, akhirnya akan menyedut berlebihan toksin benzena.

?Benzene adalah toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati anda. Apa yang lebih buruk, ia adalah amat sukar bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

?Jadi rakan-rakan, sila buka tingkap dan pintu kereta anda – memberikan sedikit masa untuk udara dari kawasan dalaman kereta keluar.

– (Menghilangkan unsur toksik maut) – sebelum anda memasuki kenderaan.

?Ingat: ‘Bila seseorang berkongsi sesuatu yang bernilai dengan anda dan anda mendapat manfaat daripadanya, anda mempunyai kewajipan untuk berkongsi dengan orang lain … ????

Jawapan: 

Tulisan yang mengaitkan gas benzene dengan kanser telah disebarkan dalam media maya sejak tahun 2009. Tulisan asal dalam bahasa inggeris, kemudian diterjemah ke bahasa melayu bagi menakutkan masyarakat. Versi bahasa inggeris tidak menyatakan doktor mana yang mengeluarkan kenyataan, tetapi versi Melayu diletakkan Dr Syed Badar Hussain, Pakar Neurologi Atlanta. Pelik juga pakar neurologi menulis mengenai kanser akibat gas benzene. Entah wujud atau tidak doktor pakar yang bernama sedemikian di Atlanta.

Andaian yang dikemukakan oleh penulis asal amat lemah kerana hanya merujuk kepada gas benzene semata-mata tanpa melihat kepada kajian dan kenyataan rasmi dari pihak yang berwibawa.

Gas Benzene banyak digunakan dalam industri petrolium dan pembuatan kasut. Beberapa kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti hubungkait antara gas benzene dengan kanser dikalangan para pekerja yang terlibat terus dalam industri berkenaan. Terdapat bukti kajian yang menyatakan para pekerja kilang berkenaan mempunyai risiko mengidap kanser. Kanser yang dikenal pasti adalah Lukemia (kanser darah), khususnya Acute Myeloid Leukemia (AML). Lukemia jenis lain setakat ini masih tidak dibuktikan berpunca dari gas benzene. Begitu juga dengan kanser selain dari kanser darah yang dinyatakan di atas, tiada bukti pun.

Badan keselamatan dan kesihatan pekerjaan menghadkan pendedahan kepada gas ini tidak melebihi 0.32 mg / meterpadu / sehari dan pendedahan jangka pendek tidak melebihi 3.2 mg / meterpadu (selama 15 minit). Unit yang digunakan adalah meterpadu atau kakipadu bukannya kaki persegi seperti yang ditulis dalam artikel tersebut. Pun begitu beberapa kajian telah dijalankan untuk mengetahui paras benzene yang terdapat dalam kereta yang terdedah panas terik. Kajian Jerman, Korea Selatan, dan Amerika mendapati jumlah gas benzene hanya antara 0.013 to 0.560 mg/meterpadu. Jumlah ini masih dikira selamat. Kajian sama juga mendapati kereta baru lebih tinggi parasnya dari kereta lama. Tetapi jumlah tersebut itu pun masih dibawah paras bahaya.

Justeru, tidak perlu bimbang dengan jumlah tersebut. Andaikata anda berhati-hati dalam menjaga kesihatan dalam udara kereta tiada menjadi masalah untuk membuka tingkap atau menggunakan mode udara luar semasa menggunakan penyaman udara kereta.

Sebagai pengetahuan, benzene yang tercerna hasil dari pembakaran rokok lebih tinggi dan terbukti menyebabkan kanser berbanding dengan benzene dari dashboard kereta.

Rujuk:

1. Benzene carcinogenic. http://m.cancer.org/cancer/cancercauses/othercarcinogens/intheworkplace/benzene

2. Dashboard kereta sebab kanser. http://blogs.cancer.org/expertvoices/2011/07/19/is-your-car-killing-you-with-benzene/

3. Kajian atas kereta yang telah di parking. Buters, Jeroen T.M. et al. “Toxicity of Parked Motor Vehicle Indoor Air.” Environmental Science & Technology. 2 March 2007.

4. Kajian perbandingan antara kereta lama atau bari. Choi, Charles Q. “That New-Car Smell? Not Toxic, Study Finds.” LiveScience.com. 6 April 2007.

5. Lee, Jin-Woo et al. “Commuter Exposure to Benzene While Traveling in Urban Areas.” The Science of the Total Environment. May 2002 (pp. 219-228).

Dr Suhazeli Abdullah

Pakar Perubatan Keluarga

Fb.com/drsuhazeli
#MedTweetMY

#MedicalMythBustersMalaysia
31 Okt 2016

Manchester

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles